The life of Me as the public transport passenger... the routine of my life...wake up early in the morning, and off i go to catch the LRT straight to my Office.Itulah perjalanan harian ku...apa yang ingin aku berkongsi kali ini adalah masalah yang selalu menlanda ketika menaiki LRT....bermula la di suatu petang, ketika itu aku pulang dari kerja dan sampai di stesen Damai lebih kurang pukul 6.00 petang. Sambil menunggu LRT seterus nya tiba, aku sempat membaca info yang tertera di Stesen. "Harap Maaf, Train mengalami masalah tenikal. Train akan bergerak dan berhenti lebih lama di setiap stesen"...Oh NO not another delay...every week there will be a delay of the schedule train...
Aku segera duduk, semua penumpang dari train diturun kan dan kami perlu mengambil LRT yang menghala ke Kelana Jaya. Perjalanan akan tamat di stesen Kampung Baru. Penumpang semua di kehendaki turun di Stesen Kampung Baru. Aku dengan segera turun, masih sempat lagi aku mengambil gambar untuk menghilang kan kebosanan. Turun sahaja dari LRT...Fuh..lautan manusia penuh di Stesen ini...macam berada di Stadium pula. Lalu aku berdiri di satu sudut dan mengambil gambar...dalam hati berkata " macam mana la aku nak balik ni?" "Ramainya orang, lepas ke nak masuk train ini?"
...
...
Aku melilau-lilau di kawasan itu. Aku dapati ada sedikit masalah dengan landasan LRT di situ. Kerja-kerja baik pulih sedang di jalankan.Siap boleh angkat dan pasang balik landasan rail itu.patutla laluan hanya di buka untuk satu hala sahaja. Aku masih menunggu dan menunggu kalau nak naik memang tak lepas, memandangkan ramai orang berpusu dan bertolak2 bila LRT sampai...tak apa la aku tunggu lagi...tak sanggup rasa nya untuk aku memboloskan diri untuk naik di antara lautan manusia itu..
Setelah agak lama menunggu, ada penumpang dah naik angin dan memarahi Polis yang bertugas di situ, aduh...kecoh ni..aku rasa kurang selesa bila keadaan menjadi kelam kabut begini...tak pe masih menungggu dan aku sempat access FB untuk melaporkan status aku lagi...macam lagak wartawan aje aku ni...bosan tuu..akhirnya lebih kurang pukul 8.00 mlm lebih aku dapat menaiki train dan meneruskan perjalanan ku pulang....itulah warna-warni perjalanan ku sebagai penumpang LRT..sekurang nya hari-hari yang aku lalui tak la sama sahaja..ada peristiwa-2 bersejarah yang aku lalui.
Dan dapat jugak aku melihat gelagat manusia....bayangkan lah kalau la tempat kerja ku berada di luar bandar. Pergi office tak jam, terus je sampai. Balik tepat pukul 5.30 petang, jalan tak jem clear aje...dan terus sampai rumah...routine yang sama hari-hari tanpa ada warna-warni kehidupan...emmmm best ke macam tak best pula ya...ini antara gambar-gambar yg aku sempat rakam kan..gambar kurang memuaskan, dan blur..ambil dari camera HP so memang tak berapa clear..