Jemput makan semua...hari ini saya ada mencuba resepi baru...kebetulan resepi ada dalam surat khabar nampak menarik so boleh la cuba....bahan nya pun ringkas saja tak la susah nak cari..cuma saya tak la ikut semua coz ada bahan nya saya tak ada..so saya modify sendiri je..jadila resepi seperti di bawah..
Bahan -Bahan
Roti Gardenia
1 biji buah tomato - potong dadu
Bawang Besar - potong dadu
Bawang putih - potong dadu
Daun Sup Hiris
sayur campur - beli dah siap dlm packet
Sos Cili, Tomato & Sos Lada Hitam
Garam, Serbuk Lada Hitam
Sosej
keju Mozarella parut
Cara Buat Inti
Tumis Bawang besar dan bawang putih. Apabila dah wangi dan garing masuk kan sayur campur tadi dan tomato dadu. Kacau kemudian masukan sos tomato, sos cili dan sos lada hitam. Gaul kan. kemudian garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan akhir sekali masukan hirisan daun sop tadi. kacau rata tutup api.
Bahan inti tadi di sapu atas roti, kemudian boleh la letak sosej dan taburkan keju mozarella ke atas sosej..bakar selama 10-15 minit...selamat mencuba...
Inti Roti Pizza