Sunday, August 8, 2010

Taman Seri Empangan Putrajaya

HI Guys....minggu lepas secara kebetulan aku telah jumpa tempat baru yang menarik di Putrajaya, iaitu Taman Seri Empangan Putrajaya. Permandangan di Tasik sini menarik dan nyaman. Mungkin tak ramai orang luar tahu tempat ini, kecuali orang Putrajaya la. Kawasan Tasik nya luas dan ada empangan di penghujung Tasik. Sungguh damai permandangan di sini, dan anda boleh bermain layang-layang di kawasan ini. Taman permainan kanak-kanak jugak ada di sini. Apa yang unik nya Taman ini terdapat jambatan unik dan moden di penghujung Tasik. Ada jugak pengunjung yang berkelah di tepi Tasik, siap bawa tikar dan bekalan makanan lagi. Terasa nyaman bila berjalan di Taman Seri Empangan ini, ialah memandangkan tidak begitu ramai pengunjung yang datang so tak la crowded sangat seperti di Kawasan Masjid Putrajaya. Boleh di katakan Taman ini terletak di hujung kawasan Putrajaya iaitu berhampiran PICC.So enjoy the photos taken...















Permandangan dari PICC