Anuar Zain:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Elina:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Anuar Zain:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Elina:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Anuar Zain:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Elina:
Hai duit raya lupa nak di beri
Anuar Zain & Elina:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Anuar Zain:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Elina:Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Anuar Zain:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Elina:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
sampai la sekarang lagu ini menjadi lagu raya yg evergreen..dan aku minat kesemua lagu Anuar Zain sehingga la kini...