My In-Laws Family
Hari ini merupakan hari pertama aku kembali berkerja..setelah cuti Raya. Still raya mood la kata kan pergi keje pun masih ramai yang cuti lagi..ada la beberapa orang teman sepejabat ku yang dah masuk kerja hari ini...kedai makan pun masih tutup lagi...nasib baik la pagi tadi ada satu kedai mamak yang buka di kawasan tempat kerja ku ini so at least tak yah la kuar jauh nak pergi makan.
Me and My Niece Maisara Amira
Waktu lunch pula aku keluar dengan rakan kerja ku ke Carrefour Wangsa Maju...Pergi makan dan rakan ku pula memang nak cari barang di situ.Bercerita pasal Hari Raya ini, tahun ini Raya pertama aku beraya di Rawang sahaja. Pagi2 lagi aku dah bersiap dan tolong apa yang patut di dapur. Juadah di hidang kan untuk kami sekeluarga setelah sebulan berpuasa. Pagi seperti biasa sesi maaf bermaafan seisi keluarga...ni yang bab aku tak tahan ni...ye ler tetiba mesti sedih kalau bab nak minta maaf ni..air mata pun dah bertakung tapi control ayu...tahan jangan bagi keluar jatuh ke bumi...habis sesi bermaafan kami pun menikmati hidangan...
Pada Hari Raya Pertama, ramai jugak sahabat dan saudara mara yang berkunjung ke rumah..jadi aku pun memang busy la...dok kat dapur je ler...maklum la orang datang pun tak putus sampai nak kuar beraya pun tak jadi..aku sempat merakam kan gambar anak-anak buah ku ini...sesi foto pun ada..
pada sebelah malam nya baru la kami sekeluarga dapat keluar beraya ke rumah saudara-mara.Sampai rumah lebih kurang dekat pukul 12.00 malam dah. Keesokan hari nya aku akan pulang ke Melaka pula.