Tuesday, October 2, 2007

Jalan TAR, Sunday 30th September 2007


Pada Hari Ahad lepas aku telah berkunjung ke tiga tempat di KL. Dari Rawang aku bertolak lebih kurang pukul 11.00 pagi. Pukul 10.00 pagi dah bersiap nak keluar dah tapi keta pulak buat hal. Tayar pancit daaaa..kena la tukar tayar dulu.


So bila aku sampai di KL, jalan memang dah sesak dan penuh dengan pengunjung2 untuk ke kawasan Jln TAR. Polis tutup pulak jln belok ke kanan, so terpaksa la buat U-turn jauh skit. Memandang jem giler so aku pun parking la di Maju Junction dan berjalan kaki ke Sogo.



Tempat pertama destinasiku ialah ke Sogo shopping complex. Aduh rasa nak pengsan pun ada, orang ramai dan packed. So aku tak boleh nak beli apa pun. Nak pilih pun orang berpusu-2, maklum la ada SALE pulak tu..lagi ramai la orang membeli belah untuk raya agaknya.LAst2 aku cuma beli seluar jeans dan jacket saja. Ingat kan nak beli kasut tapi tak boleh pilih so batal kan aje niat ku itu...may be next time....



So aku pun meneruskan perjalanan ke Bazaar Ramadhan di JLN TAR. Aku nak ambil snapshot di gerai JLN TAR. Sepanjang jln tu aku lihat ada 2-3 orang bawa kamera jugak macam aku..hihihi ada geng bukan la aku sorang je yg ambil gambar...tapi agak sukar jgk untuk aku mengambil gambar memandang kan orang ramai dan sesak tak ada ruang utk aku mencelah...

Tapi dapat la jgk aku ambil beberapa gbr gerai di situ..ada brother tu siap tanya aku..kak nak masuk surat khabar mane ni? oh tak la saja je nak ambil gambar...Dah sampai hingga ke penghujung jln aku pun ke Medan Mara untk menunaikan solat asar. Di Medan mara ada jgk gerai jual makanan tapi tak la banyak sgt. Yg ada pun cuma kuih-muih dan lauk-pauk sahaje...


lepas solat aku pun beredar dari situ dan meneruskan perjalanan untk ke Bazaar Ramadhan Selayang pula..yg terletak di Selayang Mall.Masa aku sampai baru pukul 5.00 petang so semua gerai makanan baru nak buka nak bersiap apa yg patut.Penjual-penjual gerai di selayang ni semua nya excited bila aku nak ambil gambar makanan dia org..siap panggil lagi suruh aku ambil gambar gerai nyer...aku pun ambil la..banyak jgk gambar makanan aku dpt ambil..memandangkan tak ramai org lagi so senang la skit aku mengambil gbr di setiap gerai...

Lepas tu aku pun menuju pulang ke Rawang...banyak tempat jgk aku dah berjalan aritu tak rasa penat sgt..tapi bila aku sampai rumah rasa penat giler...hihihihi td berjln2 tak ingat pun penat..ialah dari maju junction tu berjln ke Sogo pastu ke Jln TAR...lepas tu siap boleh singgah Bazaar Selayang lak tue...peeeehhhh mmg world la..(pinjam ayat Mawi) so zaaaaaaassssssss...sila lihat photo yg di ambil....