Friday, October 19, 2007

Filem 1957 Hati Malaya ( Heart Of Malaya )




Filem 1957 - Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja malah ia mampu menyuntik semangat patriotik di kalangan penonton. Memaparkan khazanah negara itu antaranya memaparkan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar serta saat-saat bendera Malayan Union diturun dan merdeka dilaungkan.


Menerusi filem tersebut juga kita dapat melihat betapa tingginya semangat jati diri kaum Melayu ketika itu. Penduduk Malaya yang inginkan kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London. Senario itu ditunjukkan sewaktu Tunku berucap menjelaskan yang dia dan rakan-rakan kekurangan perbelanjaan untuk menuntut kemerdekaan di London. Kamarulzaman Taib yang memegang watak Tunku berjaya menggamit perhatian penonton. Lakonannya cukup berkesan dan begitu juga dengan watak Onn Jaafar yang diterajui oleh Zaefrul Nadzarine.



Filem arahan Shuhaimi Baba ini yang menampilkan pelakon seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli, Sharifah Amani, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Ida Nerina dan Douglas Lim itu turut menayangkan filem-filem lama yang mengimbau sejarah kemerdekaan negara.



Sinopsis 1957:
HATI MALAYA Semangat Merdeka - Ingatilah panorama penjuang bangsa yang telah memerdekakan kita dari penjajahan. Hari ini, kita harus pertahankan dan kekalkan negara yang diwarisi - dengan berpegang kepada intergriti Negara, kita punya tanggungjawab bersama untuk pastikan kehidupan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia. Kita harus membalas budi mereka dengan kekal bersatu dikukuhkan dengan bahasa kebangsaan dan warisan kita.


Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee, mewakili generasi muda Malaysia yang dating dari latarbelakang dan pemikiran berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar ‘1957 - Hati Malaya’. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai karektor dan peristiwa yang begitu emosi dan membawa mereka pada era semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan - Rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri.


Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar ‘pengorbanan’ dan ‘Merdeka”.
Filem memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Kahayan Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan. Dan Datuk Onn Ja’afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.