Hari raya kedua aku akan balik ke Kampung di Melaka. So kami sekeluarga bertolak dari Rawang lebih kurang pukul 10.00 pagi. Semasa bertolak dari Rawang cuaca kelihatan cerah dan terang.
Masuk sahaja highway jalan dah mula sesak, bukan nya sesak pasal jln jem tapi di sebabkan banyak kereta on the road so jalan pun sesak. Walaupun raya kedua tapi kereta tetap banyak.perjalanan ke Melaka pun slow je la memandangkan banyak kereta. Lepas aje Nilai hujan turun dengan lebat nyer...
itik dan ayam ternakan jiran sebelah kampung
Memang hujan turun selebat lebat nya sampai kan tak nampak jalan. Kereta semua slow aje,perjalanan ke Melaka jadi la lama di sebabkan hujan teramat lebat dan kenderaan yang banyak.
Sampai aje di R n R Air Keruh, kami pun berhenti berehat. Tapi sampai je kat R n R ni panas la pulak tadi punya la lebat hujan turun sampai tak nampak jalan pun. Ingat kan nak makan lunch di R n R ni, tapi memandangkan orang terlalu ramai yg berhenti tak jadi la kami semua makan di situ. Kedai MCD dan KFC tok sah ckp la memang panjang orang beratur nak order makanan,kedai makan lain pun sama jgk.
So kami pun meneruskan aje perjalanan ke Kandang, Melaka. Banyak jalan di Melaka ni dah berubah, masa aku balik tahun lepas tak de la trafic light nak masuk simpang kampung tu,sekarang dah ada. Jalan pun dah besar macam highway.
Tiba aje di rumah arwah nenek, mak cik ku dah menunggu di rumah. sampai aje rumah nenek, ayah ku ajak pergi menziarah rumah saudara mara di sekeliling tu..sebelah rumah dan depan rumah..ihihihi ingat kan tak pergi beraya lagi so aku pun selamba je pakai seluar jean ngan t-shirt,lagipun dok dlm kereta je kan. Sekali kena pergi rumah saudara daaa....emmm x pe la wat dek je la..orang lain datang ke rumah beraya siap pakai baju raya lagi, kebaya la,kurung la...hihhihi aku je la yg pelik pakai t-shirt ngan seluar jeans.tak pe la nak ziarah sekejap je baru sampai dari KL so kena la jumpe semua orang.
Pergi pulak menziarah rumah Tok Acim, sampai je di rumah kena tahan suruh makan dulu, siap masak mee goreng..so kami pun makan la.. di rumah tok Acim...balik rumah arwah nenek dah kenyang...pada sebelah malam nya pula nanti ada buat kenduri untuk arwah nenek...arwah nenek meninggal tahun lepas,so raya ni genap la setahun...
Pada sebelah petang nyer pula aku pun mengambil lensa ku dan berjalan keliling kampung sorang2. ada la rumah saudara mara ku yg ku rakam kan...jalan punya jalan aku ternampak ada ternakan itik. Tapi itik ni jiran sebelah yg bela...so aku pun pergi la ke kandang untuk ambil gambar...ye ler kat KL mana nak jumpe ITIK, kat kampung ni je la yg ada..aku siap kena perli lagi...dari rumah depa ni dok menjerit bila nampak aku ambil gambar...weeeeeiiii orang Hari Raya tak masuk dalam belukar...hihihihihi x pe ler...ITIK putih ni comel aku suka ambil gambar itik ni..eh cam nama nickname aku je cuteduck75? hihihih padan la tu patut la ambil gambar itik....
sewaktu ambil gambar itik ni teringat aku pada teman tercinta..kat rumah nya pun ada bela itik,angsa...tiba2 lak aku jadi sayu..sedih..r..tanpa di undang ...hujan pun turun dengan lebat nyer jatuh ke bumi..membasahi diriku ini..bila dah hujan lebat ni terpaksa la tunggu hujan reda dulu sebelum aku kembali masuk ke rumah..biasa la kalau dah hujan ni kena la tunggu reda dulu..lebat la pulak..tak taw la nape...bukan nya boleh halang atau control pun..tau tau dah jatuh ke bumi pun tanpa dapat di tahan...
bila dah puas keliling kampung aku balik ke rumah dan bersiap apa yang patut untuk kenduri malam nanti..operasi di dapur pula...Pada sebelah malam nya kenduri arwah diadakan lepas maghrib. Pada keesokan hari nya pula aku akan balik ke KL semula.