Monday, October 1, 2007

Saturday 29th Sept 2007,SACC Mall, Kompleks PKNS

















Hari Sabtu lepas aku telah berkunjung ke SACC Mall, Komplek PKNS dan Bazaar Ramadhan di stadium Shah Alam. Memang ramai betul orang yg berkunjung ke tiga tempat ni. Jalan jem tak usah nak cakap la..memang jem giler..aku sampai di SACC mall lebih kurang dalam pukul 4.30 petang, itu pun orang dah ramai membeli belah dan bersiar-siar di kawasan situ. Aku seperti biasa cuma nak ambil gambar saja dan beli sedikit juadah untuk berbuka puasa nanti.


Di SACC Mall tak ada apa-2 event yang menarik di anjurkan di shopping complex tu..so aku sekadar meninjau saja kedai - kedai di situ. Seleplas tu aku terus ke kompleks PKNS. Kat kompleks PKNS memang ramai betul orang. Di bahagian bawah kompleks tu ada banyak bazaar menjual berbagai jenis makanan dan barang. Dari baju,tudung , kancing baju, dan berbagai jenis makanan di jual di bazaar kompleks itu. Memang crowded betul . Selepas meninjau di kompleks PKNS aku beredar pula ke kawansan Bazaar ramadhan di belakang kompleks. Memang sesak dgn pengunjung maklum la Hari Sabtu agak nya. Roda-roda tak ada juadah yang menarik untuk di beli.



So aku pun proceed ke SACC Mall dan ke surau untuk solat asar. Selepas solat aku meneruskan destinasiku ke Bazaar Ramadhan Shah Alam pula yg terletak di Stadium Shah Alam, di kawasan ruang tempat letak kereta.


Bila sampai di Bazaar Ramadhan Shah Alam, aku pun mula la mengambil gambar. Orang kat sini ok la sporting jugak bila aku ambil gambar makanan yang di jual mereka tak marah atau tanya. Mungkin dah selalu orang ambil gambar bazaar ramadhan so itu perkara biasa bagi dia orang.Aku pun beli la sedikit kuih, laksa asam dah soya panas satu jag. Asam laksa bagi ku dah seperti satu kewajipan untuk beli. Hari2 mesti aku beli asam laksa,tak tau la itu yg aku berselera nak makan. Bulan puasa aku tak lalu sangat makan nasi so aku cuma makan asam laksa saje...so zaaaaaassssssss sila la lihat gambar yg telah di ambil....