Tuesday, October 30, 2007

Saloma Bistro - 27th October 2007


pada 27th October iaitu hari Sabtu, department ku telah mengadakan majlis perjumpaan dan makan2 di Saloma Bistro. So seperti biasa aku di tugas kan untuk menjadi penyambut tetamu dan menunggu ketibaan para hadirin terhormat yg semua nyer datang lambat.Biasa la tu kan..



so pada hari Sabtu tu aku kena tiba di Saloma Bistro lebih awal,dalam pukul 10 atau 11 pagi. Aku bertolak dari Subang pukul 9 lebih dan terus naik LRT menuju ke Stesen Ampang Park. Di Stesen Ampang Park rakan sepejebat ku akan mengambil ku dan kite terus proceed ke Saloma Bistro.




Sampai saja di Stesen Ampang Park aku menghubungi rakan ku itu, tapi dia tak sampai lagi singgah di pejabat untuk ambil barang hamper. Memandangkan dia tak sampai lagi aku pun terus ke Ampang Park untuk minum dulu. Ye ler belum sarapan pagi lagi..tetiba rasa lapar..so aku pun order la roti bakar dan teh tarik seperti biasa..itu la sarapan harian ku..roti bakar ngan teh tarik atau teh-o-limau suam..tengah dok tunggu order member aku call kata dah nak sampai..aku kata la tengah minum ni..





Tak pe la dia join sekali rupanye dia pun belum sarapan lagi..selepas makan lebih kurang pukul 11.00 pagi kami pun sampai di Saloma Bistro. Aku dan member ku pun keluarkan barang-barang untuk lucky draw dan terus ke dewan makan.





Semasa kami sampai dewan makan dah siap untuk di gunakan so kami pun susun la barang-2 untuk lucky draw atas meja. Sementara orang ramai belum sampai lagi aku pun capai lensa ku dan ambil gambar. Aku meninjau-ninjau sekeliling restaurant Saloma Bistro. Tempat nye cantik dan bersebelahan dengan Pusat Pelancongan Malaysia.






Aku tengok ada la 2 - 3 orang pelancong datang sini untuk ambil gambar. Setelah meninjau sekeliling kawansan tu aku pun pergi balik ke Dewan Makan, kat sini aku tengok makanan-2 telah siap sedia untuk di hidangkan..so aku pun ambil la gambar makanan..ambil gambar je pun dah kenyang..hiihihihih..











Dalam pukul 12.00 tghari tu member aku suruh aku tunggu kat main entrance, so bila rakan sekerja sampai ada orang tunggu utk tunjuk arah ke Dewan makan. Aku dan member ku sorang lagi pergi tunggu kat entrance. emmm lambat nyer dia orang ni sampai..sepatutnya program start dari pukul 12.00 tghari sampai 3.00 petang..ni dah dekat pukul 1.00 baru dua family yg sampai...nampaknya lagi lama la kena dok sini jadi penyambut tetamu ni..







Boring tunggu, bila satu family sampai je aku suruh beratur dulu pastu ambil gambar sebelum boleh masuk ke dewan makan.hihihihi kena dera ngan aku...ye ler lama aku tunggu semua nyer datang lambat..







Semua dah start makan..aku ngan member aku lepak kat luar je kat meja entrance tu..ambil attendance dan bagi number lucky draw..sebenarnye aku pun malas nak masuk dlm dewan tu so aku ngan member aku tu makan je kat situ..lagi pun makanan kat sini tak berapa sedap..hanya GAH pada nama nya saje..setelah semua hadirin terhormat ni sampai yg kebanyakan nye sampai lambat aku pun dok ler dalam dewan..acara bermula..MC bagi sepatah dua kata..dan cabutan lucky draw diadakan..majlis habis lebih kurang dalam pukul 3.00 petang..