Friday, January 4, 2008

Trip To Penang - Day 2

hihihi posing dalam kereta..on the way nak ke Expo Pulau Pinang


Hari Kedua di Penang, semalam balik saje hotel terus tertido.Mana tak nyer bila sampai hotel dah dekat pukul 1.30 pagi. Tak sedar rupanyer dah pukul 1.00 pagi. Selepas aje balik dari pasar malam Batu Feringgi terus pergi makan. Pasar malam tu tutup pukul 12.00 mlm, lepas pasar malam tutup baru pergi makan ke "Tari Cafe" . Patut la banyak makanan dah habis, rupanye dah pukul 1.00 pagi. Aku tak perasan semlm dinner dekat pukul 1.00 pagi.








From left Abah, Mummy, Bazla, Nana, "Me" And My Brother Wan...baru sampai di Queens Bay Shopping Complex...


So pagi ni lepas sarapan masing-masing tercari-cari nak pergi ke destinasi mana. Aku pun siap buka peta Penang lagi. Adik-2 ku ni macam-macam tempat diaorang nak pergi. Nak ke Taman Rama-rama la, Toy Museum, Spice Garden, Bukit Bendera yang dah pernah pergi tu pun depa nak pergi. Amboi macam la sempat nak pergi semua tempat tu, memandangkan esok dah nak check-out so hari ini semua tempat diaorang nak pergi. My mom and dad pulak nak pergi melawat ke "Pulau Jerejak" . Ada Chalet di Pulau itu. So destinasi pada hari itu ke Pulau Jerejak.



hihihihi...candid camera la pulak... di Queens Bay Mall


Aku cadangkan kite lunch di Queens Bay Mall terlebih dahulu, Mall itu terletak berhampiran dengan Jetty Pulau Jerejak. Di Pulau nanti cuma ada satu Cafe sahaja tak ada pilihan sangat nak makan. So sampai di Queens Bay Mall lebih kurang pukul 1.00 tengahari. Makan lunch dan window shopping di Complex itu. Bila dah ada dalam Mall ni tak sedar la pulak rupanyer dah pukul 05.00 petang. Kami pun terus ke Jetty Pulau Jerejak.


Nana, Me and Bazla...posing kat poster pun jadik la ..di Mall

Sampai di Jetty, Ferry yang ada untuk ke Pulau pada pukul 6.30 petang. Dan Ferry pulang pada pukul 7.30 mlm. So hasrat nak ke sana di batal kan aje memandangkan waktu terhad untuk berada di Pulau. Memandangkan ferry lambat, kami terus ke Tapak Expo Pulau Pinang.Kalau tak silap aku memang tiap-tiap tahun Expo Pulau Pinang ni di anjurkan. Sampai di Expo, aku lihat tempat letak kereta dah hampir penuh, ni baru pukul 06.00 aku rasa kalau malam jem agak nyer. Tapak Expo ni memang besar kalau satu hari memang tak habis nak tengok semua nya.

jalan - jalan di complex lepas makan lunch...


Dalam Tapak tu pulak ada jugak Fun Fair, bukan kecil tapi besar la jugak tapak nyer. Berbagai-bagai gerai ada dari barangan tempatan, dan ada jugak gerai Pertanian, Muzium, Galeri, dan banyak lagi. Ada jugak pentas khas untuk konsert pada sebelah malam nyer, artist pada malam tu Awie. Memang besar betul Expo Pulau Pinang ni. Penat jugak berjalan, kawasan nyer luas rasanya tak habis pusing pun. Banyak lagi gerai dan tempat yang aku tak sempat nak pergi. Macam rumah istana minangkabau, yang dijadi kan muzium.

Nana di Depan Jetty Pulau Jerejak...


Adik ku Wan pulak ajak masuk ke Pameran Khazanah Alam Nyata Dan Tortura.Mak dan ayah ku dah tak larat, nak jalan lagi so my mom and dad balik dulu ke Hotel. Sementara aku dan adik-adik ku masuk ke pameran ni. Aku malas nak masuk sebenarnyer, ialah benda pelik2 ni aku tak minat nak tengok tapi dah dia ajak jugak last-2 semua lima-2 masuk la. My Mom and dad dah balik ke hotel.




Me and my younger sister Bazla...posing di Jetty Pulau Jerejak...


Gambar-gambar di pameran ini akan aku masuk kan nanti untuk tatapan anda semua. Isk isk isk aku yang ambil gambar ni seram sebenarnyer, adik ku ni selamba je ambil gambar sebelah tengkorak la pulak. Pastu dia suruh aku ambil semua gambar satu persatu, seram sejuk jgk masa aku ambil tu ..mane la tau tetiba tengah ambil gambar sekali dia(langsuir dlm cermin kaca tu, entah betul ke tidak aku tak pasti, tak pernah tgk sebelum ni ) melekat lak kat cermin camera aku ni, mau lintang pukang aku lari nanti...masa aku dok tengah ambil gambar ni satu persatu ada la adik ni datang kat aku, dia tanya " akak ni dari surat khabar mane?" hihihi aku senyum je..tak ada la dik saja je ambil gambar akak bukan wartawan. Hihihi ada gaya wartawan agaknyer aku ni,selalu kalau aku ambil gambar di mane-2 mesti ada yang tanya dari surat khabar mane...lain kali aku jawap " Surat khabar LAMA"...mesti diaorg blur je agaknye






penumpang baru turun dari Ferry Pulau Jerejak...



Lepas aje keluar dari pameran ni, macam rasa tertipu pun ada. tah apa apa tah yang di pamer kan. Masa nak masuk muzik punya la seram sekali tengok rasa cam tertipu je.Wan siap baca buku catatan pelawat, komen-2 yang di tulis dari pelawat. Pecah perut di buat nyer, macam-macam di tulis dalam buku tu. Ada yang tulis, "lantak la, aku rasa macam tertipu aje"...ada jugak yg tulis "tak sangka aku kena tipu, lantak la labu, layannnnn je" Macam-2 pecah perut aku dengar wan citer, dah dia yang nak masuk sangat tadi kan dah tertipu....









Keluar aje dari pameran, kami pun bergerak la untuk balik. Adik ku yg bongsu Bazla nak balik ke hotel dia kata pening kepala. Rasa nyer tadi dia makan ais krim kelapa, tak biasa agaknyer, perut lak tengah kosong belum makan malam. So aku hantar dia balik ke hotel, dan kami berempat terus ke pasar malam batu ferringgi, Wan nak beli t-shirt pulak. keluar aje dari tapak pesta, jem teruk. Banyak lagi kereta yang baru sampai, nasib baik la kami sampai petang ada lagi parking kalau sampai malam jawap nye parking di luar la jauh sikit kena jalan.





Adik ku Bazla..di expo Pulau Pinang...

Terus ke destina pasar malam baru ferringgi, aku pun cari la DVD yang member aku kirim baru tengahari tadi dia anta sms kirim DVD Citer Korea.Jalan-jalan cari DVD lepas tu terus pergi makan ke kedai Tulang Corner pulak. Ini la kedai melayu kedua yang aku tahu, seperti biasa makanan semua dah habis, so kami pun pergi ke kedai mamak 24 hrs. Habis makan balik terus ke hotel. Penat betul hari ni, satu hari berjalan. sampai aje di hotel terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......besok je la packing beg untuk check out....mata aku dah ngatuk sangat....so zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............


expo Pulau Pinang




mane-mane pergi mesti ada belon ni..sampai ke Penang pun ada ...



my mom, Me, Nana and Bazla di Taman Cahaya, Expo Pulau Pinang




beraneka jenis kacang di jual di expo...unik la pembalut kacang ni


asam jeruk amat popular di jual di Penang..Bro control macho masa aku ambil gambar ni



Tapak Funfair Di Expo Pulau Pinang..



Tapak funfair di Expo Pulau Pinang





Transformers Toy pun ada di jual di Expo PENANG ni..



gerai madu lebah di tapak Expo Pulau Pinang..