Friday, January 11, 2008

From Penang To Cameron Highland Trip - Day 3

Makan malam sebelum kami bertolak ke pasar malam

Pagi ini aku bangun awal sikit. Semalam tido tak sedar pun, penat sangat. Rupanya adik ku Wan tak boleh nak tido sangat semalam, dia sejuk so dia terus tutup switch air-con. Pagi ni giliran kami berempat breakfast at Hotel Cafe. So pagi-2 dah bangun bersiap dan tunggu mak ku untuk pergi bersarapan. Menu buffet, banyak jugak makanan yang di hidang kan. Aku seperti biasa kalau buffet breakfast, mesti aku ambil omelette, cereal conflakes, bake bean & bread.Coz breakfast aku tak makan yg heavy nanti mesti nak cari toilet.Selepas breakfast naik semula ke bilik dan start packing beg untuk check-out tengahari nanti.


berbagai bentuk bantal di jual, bentuk strawberry pun ada..
Bilik kami la yang last sekali pack dan bersiap, mak dan ayahku dah siap berkemas terus ke bilik ku. Memandangkan cuti ku masih panjang, masih boleh lagi stay untuk satu malam. Ayah ku tak puas bercuti sebenarnye, sepanjang cuti di Penang ni kaki nya sakit kena gout. So nak jalan pun tak larat, dan kaki bengkak. Lebih banyak duduk je, kita orang ni aje yang banyak berjalan. So adalah cadangan di utarakan untuk pergi ke Cameron Highlang pula. Ikut kan hari ini sebelum balik nak pergi pulau Jerejak, tapi tak jadi la nampak gaya nya. So aku pun start call semua hotel di Cameron Highland kalau-kalau masih ada lagi bilik yang kosong, memandangkan hari Ahad selalumya hotel penuh dan cuti sekolah pulak tu.

ni la dia strawberry celup coklat yang di jual di pasar malam Cameron ni...
Semua hotel aku call cuba luck, kot-kot ada kosong. At last ada 2 bilik kosong untuk satu malam.So aku terus booking untuk malam tu, dan aku inform confirm booking aku on the way nak ke Cameron, kalau lambat sampai takut nanti bilik tu open untuk public pula. So semua pack dan check-out.


me at the strawberry pillow stall
Dari Penang perjalanan diteruskan menuju ke Cameron Highland. Cuma berhenti sekejap di R N R Kuala Kangsar untuk ke toilet dan tapau sedikit makanan. Takut nanti sampai Cameron waktu malam susah jugak memandangkan jalan nak naik ke Cameron gelap tak ada langsung lampu jalan. So perjalanan di teruskan dan kami selamat tiba di Cameron Highland lebih kurang pukul 6.30 petang. Check-in berehat, dan pada sebelah malam nya kami pergi ke pasar malam Cameron pula.


hand phone accessories...semua nyer ada bentuk strawberry..


Ramai betul pengujung yang datang ke Cameron ni. Aku memang suka ke pasar malam cameron, barang-barang dan makanan yang di jual murah aje berbanding dengan harga di KL. Sayur di jual semua nya fresh. Ada jugak di jual berbagai jenis bunga, strawberry, madu lebah dan jugak gerai accessories dan cenderahati berbentuk strawberry. Dan makanan yang popular di jual di pasar malam ini adalah "Cendawan Goreng".Aku pun tak melepaskan peluang beli cendawan goreng. Pada malam tu cuaca agak sejuk jugak di Cameron ni.


ni nama nya buah "CINTA" tak tahu la kenapa orang Cameron panggil buah Cinta?

bagi adik ku Wan ini merupakan kali pertama dia ke Cameron, selalu nyer kalau kami sekeluarga pergi dia tak dapat ikut susah nak ambil cuti kerja. So dia excited dan macam tak puas pulak satu malam aje di Cameron Highland. Bagi aku pulak dah selalu pergi, rasanya tiap-tiap tahun pergi Cameron.Mak dan ayah ku jugk suka berkujung ke Cameron ni cuaca di sini sejuk dan nyaman. Tak la sibuk macam di KL.




aku dan adik ku Bazla di pasar malam
Pasar malam pun dah hampir tutup. dah pukul 10.00 lebih. So kami pun balik semula ke Hotel dan berehat. Keesokan hari nya dan sambung berjalan lagi. Wan ni first time datang so bila sampai di hotel petang tadi dia tanya " kat hotel ni tak ada kipas ke?" aku gelak je la bila dia tanya macam tu...dia tak tahu malam nanti sejuk macam mana, tak yah kipas pun sejuk nyer boleh tahan la.... Aku kata la aah tengok la malam nanti siapa yang minta kipas tu sejuk ke tak. Dia pun masuk la toilet pulak, sekali aku dengar asyik ckp eeee...eeee....eeeee...hihihihi tau pun sejuk, air paip tu macam air ais je bila cuci muka. Lagi mau tanya kipas malam nanti.




adik ku Wan di pasar malam cameron

so zzzzzzzz...aku nak lelap kan mata..penat daaaa seharian berjalan....esok sambung lagi pergi jalan-jalan....


apam balik satu...ada sesiapa yg nak order?



ni la gerai berbagai jenis bebola goreng dan cendawan goreng



jagung bakar satu kak?



selamat jalan Penang..menlintasi Jambatan Pulau Pinang ....



aku dan adik adik ku..nana dan bazla di lobby hotel nak check out hari ini