sambungan cerita perjalanan ku from day 3, so pagi ini bangun bersiap dan pergi sarapan, di kedai berhampiran hotel. Jalan kaki aje lagipun dekat je. semalam aku tido tak sedar pun. rupa nya adik ku ada memanggil nama ku tapi aku tak sedar. Dia kata dia ada dengar bunyi ??? so dia panggil la aku tapi aku tak sedar. kata nyer ada dengar suara orang mengilai?!? eeeeee nasib la aku tak sedar dah tido kalau tak for sure aku tak boleh tido balik agaknya.
So selepas bersarapan pagi, tempat pertama untuk pagi ini adalah ke Mardi. selalu nya kalau aku ke Cameron Highland memang aku akan singgah ke Mardi. aku suka masuk ke Mardi ni, ada tanaman strawberry dan ladang sayur. Lagi pun landskap nya indah dan sejuk mata memandang. Banyak pokok bunga yang di tanam keliling kawasan Mardi ini. Kat sini kalau nak beli sayur fresh atau strawberry boleh la beli disini.
Tapi aku lebih suka berjalan dan ambil gambar di kawasan sekeliling nya...lama jugak ada di sini tapi kena rushing pulak coz nak kena check out pukul 12.00 tengahari. itu pun aku sempat lagi ambil gambar, ayah dan mak dah tunggu dalam kereta dah. rasa nya satu hari di Cameron macam tak cukup je nak pergi semua tempat. Setelah beli strawberry dan sayur-sayuran segar, kami kembali ke hotel dan berkemas untuk check out.
bila dah check out, kami terus ke Taman Agro Tourism. Kat sini ada jual fresh salad. Terus potong dan packed. sementara aku pula suka makan fresh mixed salad dan strawberry with honey & yoghurt. kalau nak makan strawberry kat atas ni je rasa manis dan sedap, tapi bila bawa balik rasa nya dah jadi masam yang amat. aku pun pelik jugak bila makan kat atas ni sedap je manis bila bawa turun bawah jadi masam..eeeemmmmm nape ek..?!?!
so kami order fresh mixed salad,strawberry with honey & yoghurt dan strawberry sundae. apa la adik ku ni sejuk2 makan ais kerim...sementara mak ku beli salad aku pun meninjau kawasan sekeliling...aku suka tengok tanaman salad di sini..segar2 semuanya. Di tanam secara hidroponik...sila lihat gambar nyer di bawah...tanaman strawberry juga ada, boleh pilih dan petik sendiri. tapi aku lebih suka beli strawberry di Mardi, buah nyer besar dan manis.
selepas aje habis membeli kami semua berangkat pula menuju ke Hotel Equatorial. Sebelah Hotel Equatorial ni ada terdapat pasar basah dan kering. Kat pasar ni pun macam-macam boleh di dapati. Ada jual bunga ros segar, bunga kering, buah-buahan,sayur-sayuran, madu, dan jugak makanan yang di kering kan.
Macam strawberry kering, rasa nya sedap jugak. makanan baru yang ada di sini ialah sayur peria yg di kering kan jugak so jadi macam snek la lebih kurang. bersebelahan pasar ni ada gerai-gerai jual segala makanan yang di buat berasaskan strawberry..memang menarik tertarik dan da boom....aku tengok mak ku mencari cendawan tapi kali ni cendawan tak berapa fresh..so beli tak banyak.sementara adik ku Wan ni suruh aku pilih kan bunga ros la pulak..emmm nak bagi sape la tue....sekejap je masa berjalan...tak sedar rupa nya belum makan lunch lagi...
kami semua rushing nak ke ladang teh Bharat takut tutup pulak nanti. tempat tu tutup pukul 5 petang. so kami cuma beli burger untuk alas perut. Tempat itu dah menghala ke bawah so jalan terus balik.memandang kan Wan pertama kali pergi ke Cameron so dia nak sangat pergi sini.
Ayah dan mak ku serta Bazla makan lunch dulu di Tanah Rata, so kami berempat terus turun ke bawah menuju ke ladang Teh Bharat. Sambil menikmatan keindahan ladang teh ada juga di sediakan cafe untuk minum. suasana di sini sungguh mendamaikan, permandangan ladang Teh di lereng bukit yang hijau. lama jugak la kami duduk di sini, sementara menunggu mak dan ayah ku tiba.
kami turun untuk balik ke KL agak lambat jugak. Jalan dah gelap sewaktu turun ikut jalan Tapah. hujan pun turun renyai-renyai...sampai di KL lebih kurang nak dekat pukul 11.00 mlm. berakhir la sudah percutian kami sekeluarga bagi hujung tahun ini....itu pun adik ku Wan nak pergi ke Cameron lagi, kata nya dia tak puas di Cameron cuma bermalam satu malam sahaja..so dia bercadang untuk berkunjung ke Cameron lagi mungkin dalam bulan Ferbruary agaknya...
di depan, Abah, Me, Bazla and Nana di rumah taman Mardi...
yummy yummy strawberry...
yummy yummy strawberry...
Me, Nana and Bazla...di taman bunga Mardi
di taman bunga Mardi
me at the Mardi plantation
my favourite plantation..bunga warna-warni yang menceriakan...at Mardi Plantation
rumah rehat Mardi..
di poster Taman Argo Tourism
di poster Taman Argo Tourism
posing di poster taman Argo Tourism..
me at the Taman Argo Tourism poster
yummmy....anyone nak order?
sign board masuk ke Taman Agro Tourism