Thursday, January 17, 2008

FILEM "CUCI"



Sinopsis Filem

Filem CUCI adalah sebuah karya yang mengisahkan penglibatan empat sahabat Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C’Tan (Ac Mizal) dan JOJO (Awie) dalam memperbaiki kehidupan mereka sebagai pencuci tingkap banggunan. Dari kecil hingga dewasa kumpulan ini sering bersama sebagai satu keluarga dengan wawasan yang sama.


Dalam mencari kemajuan mereka telah memasuki “Window Washing Olympic” satu pertandingan berprestij yang akan menempatkan syarikat mereka CUCI CUCI SERVICES di antara syarikat-syarikat professional. Pertandingan ini juga merupakan satu langkah bagi mereka untuk mendapatkan kontrak besar mencuci tingkap banggunan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.


Cerita ini diserikan lagi dengan kemunculan Cj (
Erra Fazira), anak seorang ahli korporat, Tan Sri Rahim (Dato’ Rahim Razali) dan juga merupakan eksekutif syarikat yang menganjurkan pertandingan “WWO” tersebut. CJ dibantu dipejabat oleh Farah (Umi Aida), sebagai pembantu peribadi yang juga merupakan seorang kawan di luar pejabat. Perwatakan CJ dan FARAH amat berbeza walaupun mereka kawan baik.

Persaingan hebat berlaku antara CUCI CUCI SERVICES dan syarikat professional Maju Wira Sdn Bhd yang dipunyai oleh Wira (Khir Rahman), seorang usahawan berjaya yang mewarisi kemewahan dari keluarganya. WIRA juga mempunyai perasaan terhadap CJ dan berusaha untuk mendampinginya.


“CUCI” memaparkan semangat di antara empat sahabat karib ini mengharungi rintangan hidup dengan mengekalkan nilai jati diri dan kualiti kerja yang baik. Filem ini banyak mengadunkan adegan-adegan menarik yang dipersembahkan dalam bentuk komedi ringan dan penuh aksi.


Filem: Cuci

Pengarah: Hans Isaac

Pelakon: Hans Isaac, Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, Erra Fazira, dan Umie Aida

Genre: Komedi

Edaran: Grand Brilliance

Tayangan: 24 Januari 2008