Monday, September 16, 2013

Sunday Activity..VikingDom The Blood Eclipse

Hi there…Happy Weekend…pada hari Ahad ini activity ku agak penuh . Pada sebelah tengahari nya aku berkunjung ke Cheras atas undangan Majlis Perkahwinan rakan sepejabatku. Ramai tetamu sepejabat ku yang lain hadir jugak ke majlis beliau. .Memandangkan aku tidak dapat hadir undangan sebelah pihak perempuan yang telah berlangsung Di Terengganu pada syawal lepas, so kebanyakan teman sepejabatku hadir di majlis pihak lelaki. Kedua-dua nya memang aku aku kenal memandang satu Division. Aku lebih rapat dengan Majidah






















Door Gift Normajidah Weeding Reception..Big Cookies

Seterusnya aku pergi menonton wayang pula, iaitu Filem VikingDom(The Blood Eclipse). Filem arahan Yusry Abd Halim (KRU). Memandangkan aku adalah peminat kumpulan KRU sejak ditubuhkan lagi, walau apa jua hasil seni yang di hasilkan oleh KRU aku akan tetap memberi sokongan. Dari Filem “Majika” seterusnya “Merong Mahawangsa” “29 Februari” dan terkini “VikingDom” semuanya menjadi tontonanku di pawagam. Walaupun ada sedikit kekurangan dari segi pengisian jalan cerita nya aku tetap berbangga dengan hasil seni VikingDom.

Sinopsis VikingDom

Filem Vikingdom dihasilkan daripada zaman pertarungan besi yang telah membawa pertembungan antara sejarah dan mitos maka terhasillah “Vikingdom”. Diterajui oleh bintang-bintang aksi terkenal daripada Hollywood dan berkonsepkan aksi pengembaraan yang memaparkan elemen sejarah beserta mitos Viking diperkayakan dengan aksi pertarungan seni dan di perindahkan dengan garapan visual efek yang menunjukkan keadaan sebenar di zaman itu. Vikingdom penuh dengan elemen teknik produksi CGI dan 3 Dimensi (3D).


Kisah bermula dengan kehadiran kapal-kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai oleh Thor, untuk menawan tentera purbakala sebagai hamba mereka. Thor harus dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yan boleh melawannya iaitu Eirick dari Jomberg. Eirick ialah seorang pemburu yang biasa dengan hidupan liar dan alam sekitar. Berita tentang serangan Thor disampaikan oleh Frey kepada Eirick untuk menghakang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls. Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.

Teknik pembikinan filem Vikingdom ada persamaan dengan filem 300 di mana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan kegunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana “surreal” bagi filem aksi ini.

Turut menampilkan penampilan istimewa barisan pelakon “VIKINGDOM”.

Yusry Abd Halim (Pengarah)
Barisan pelakon bertaraf Hollywod seperti Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).













Setelah menonton VikingDom, aku bersiar-siar di Shopping Mall dan terus makan malam. Secret Recipe one of my favorite restaurant. Menu kegemaran spaghetti meatball and Tom Yam Kung...memang best...and don't forget the Cakes..yummy...that all for now..signing off....



This is My Dinner