Pada 4 - 13 April 2008, telah berlangsung nya Pesta Buku Antarabangsa 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).seperti tahun lepas aku telah berkunjung ke pesta buku ini. Tapi tahun ini pengunjung lebih ramai berbanding tahun lepas. Punya la ramai orang dan sesak sampai nak jalan pun susah, rimas jugak di buat nya.
ruang nya kecil di tambah pula dengan ramai orang jadi macam sardin le...aku memang suka pergi ke pesta buku ini..harga buku boleh dapat murah sikit berbanding harga di kedai buku. So bila ada buku yang memang aku nak beli tu,ada offer so apa lagi borong la semua..ok la kira murah,kalau kat luar aku beli around 49.90 kat book fair ni offer RM15 only.
Pada tahun ini pameran diadakan di dua tempat berasingan. kalau tahun lepas di tempat yg sama, senang sikit. The main exhibition kat PWTC hall, and the other exhibition kat dewan di seberang sungai tu.
kebetulan pada hari yang aku pergi tu, Kumpulan Raihan ada buat perlancaran album terbaru Raihan. So dapat la tengok Raihan buat persembahan untuk promosi album terbaru Raihan.so setelah habis pusing dan beli buku aku pun beredar dari situ.
adik ku Nana dan Kawan nya Feyma berposing di gerai Karang Kraf...
Poster Book Fair 2008
Kumpulan Nasyid "Raihan" sebelum membuat persembahan
pelancaran Album terbaru "Raihan"
penulis novel Aina Emir sedang tandatangan buku novel utk peminat yg beli buku nyer
poster dinding besar tu...
kartunis "UJANG" sedang menandatangani karikatur peminat...