Tuesday, April 15, 2008
CUTE DUCK....
gambar ni dah lama aku ambil masa balik Kampung di Melaka, suka aku tengok Itik-itik ni..memang comel la..especially yang putih ni...masa aku ambil snapshot ni aku duduk jauh bawah pokok...ye la takut nanti itik-itik ni beredar pulak bila aku datang dekat,so aku ambil gambar dari jauh je la..sambil menyaksikan aksi-aksi itik-itik ni posing..
hihihihi cute nyer..nak dekat aku takut itik ni beredar so dari jauh je la aku dok dalam semak lak tu...sebenarnya itik-2 ni pun ternakan jiran sebelah rumah bukan la itik ternakan sendiri...hihihi orang bandar la kata kan bila nampak itik pun nak ambil gambar..pada hal orang kampung tak heran pun..mesti depa pelik nape la dia ni nak ambil gambar itik...
ye la aku ni di besar kan di KL, sekali sekala balik kampung seronok jugak suasana nyer tenang dan damai tak la macam kat KL ni sentiasa sibuk dan bising..kira nyer beruntung pada anda yang masih ada Kampung sekurang-kurang boleh la balik kampung bila Raya...aku ni nenek dan atuk dah lama meninggal so tak ada la balik kampung...balik pun sekadar melawat mak cik dan sedara sahaja..tahun ni raya mungkin agak berbeza memandang Abah ku baru pergi meninggal kami semua...aku rasa suasana agak berbeza sedikit berbanding sewaktu Arwah abah ada..ye la tak ada lagi la nak salam Abah di pagi Raya Nanti..apa apa pun aku harap kami sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini...hidup perlu di terus kan...yang pergi tetap akan pergi...kita yang tinggal ni kena la teruskan kehidupan...
yang pasti buat sementara waktu ni kami tak akan dapat menjejak kan kaki ke Cameron Highland kerana kali terakhir aku bercuti dengan abah ku tahun lepas ada la ke Penang dan Cameron Highland...itu la kenangan terakhir bersama Abah..pada anda semua yang masih ada mak abah..hargai la mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita...kita tak tahu bila ajal maut so....sayangi dan luangkan masa untuk bersama keluarga ......