semalam merupakan Hari Lahir mak ku..iaitu pada 22 April...aku telah pun memesan pada adik ku NaNa tolong beli kan Kek dan serba sedikit juadah untuk makan malam dan sambut sekali birthday mak ku..bila sampai sahaja di rumah, makanan telah sedia di hidangkan..cuma tunggu nak makan aje...di saat ku terpandangkan hidangan di atas meja ni hati terasa sebak..aku cuma boleh berdoa supaya kuatkan hati ku ini...kalau boleh aku tidak mahu menunjukan kesedihan di hadapan mak ku..
ialah ini merupakan kali pertama birthday mak ku di sambut tanpa abah di sisi kami semua...hati ku bertambah sesak,sebak dan sedih..di tambah pula aku tidak dapat khabar berita langsung dari teman ku...aku sedia maklum yang beliau memang tidak sihat namun dah 2 -3 hari ni tiada berita langsung...aku cuma boleh berdoa semoga dia sihat hendak nya....kami adik beradik pun start la makan...sambil borak-borak..semua nya berjalan lancar aje tak ada la suasana pilu ....
tapi adik ku yang bongsu ni ada buat slide show la pulak khas untuk mak ku...gambar-gambar yang di jadi kan movie..so selepas makan dia pun pasang la slide tu....tengok first page ok..tapi bila dah second page tu ..aku tidak dapat menahan sebak di dada..berderai juga air mata ini mengalir..bunyi nya lebih kurang " eventhough Abah is not around, we will cherish the moment we have with u..we love u mum".... lepas tu di tunjuk kan pulak semua gambar - gambar semasa di Penang dan Cameron..itula kali terakhir kami semua bercuti bersama abah...aku terasa amat sedih dan sebak....sampai la habis slide show aku masih tak tahan sebak di dada...dan bertambah sedih dgn tiada nya khabar berita dari teman ku....
walau apa pun hidup perlu di teruskan..semoga kami semua tabah untuk menempuh hari yang mendatang..selepas ini aku perlu menguruskan kemasukan adik bongsu ku ke Uitm pula..alhamdulilah dia telah berjaya di temuduga dan lulus ujian bertulis untuk masuk ke Asasi TESL.