IKON NEGARA: Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz (kiri) melambaikan kepada perwakilan sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanat presiden di PWTC.
Sebelum itu, Dr Sheikh Muszaphar yang juga doktor bedah ortopedik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan angkasawan Mejar Dr Faiz Khaleed diraikan dalam satu majlis anjuran Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di Dewan Bankuet. Kedua-dua mereka tiba kira-kira jam 1 tengah hari bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid; Pengerusi BNBBC, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan ahli Parlimen BN.
Katanya, beliau sedia berkongsi berita gembira apabila ingin mengakhiri zaman bujangnya dengan seluruh rakyat Malaysia nanti, namun tidak mahu fokus dan tanggungjawab dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia mengenai program angkasawan terjejas disebabkan kisah peribadi. "Saya lebih suka menyimpan hal peribadi dan berjanji berkongsi dengan seluruh rakyat Malaysia apabila tiba masanya nanti. Sekarang, banyak perkara mahu difikirkan khususnya memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains angkasa," katanya.
ANGKASAWAN negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, semalam mendedahkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki seseorang dan beliau berhasrat mengakhiri zaman bujangnya tahun depan. Dr Sheikh Muszaphar ketika membuat pengumuman itu berkata, dia sudah memiliki seseorang, tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai bakal isterinya itu kerana belum sampai masanya untuk berbuat demikian. "Umur saya sudah masuk 35 tahun dan saya pun sudah bersedia untuk berkahwin dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.
Sebelum itu, Dr Sheikh Muszaphar yang juga doktor bedah ortopedik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan angkasawan Mejar Dr Faiz Khaleed diraikan dalam satu majlis anjuran Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di Dewan Bankuet. Kedua-dua mereka tiba kira-kira jam 1 tengah hari bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid; Pengerusi BNBBC, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan ahli Parlimen BN.
Sementara itu, Dr Sheikh Muszaphar yang berlepas ke Russia jam 11.45 malam tadi untuk menghadiri majlis pentauliahan angkasawan, ketika dihubungi Berita Harian, berkata beliau sudah beberapa kali keluar dengan calon isterinya itu. "Saya memang sudah memiliki seseorang dan sudah keluar dengannya, tetapi belum sampai masa untuk saya mendedahkan lebih lanjut mengenainya," katanya yang berjanji akan membuat pengumuman mengenai perkara itu bila tiba masanya. Ditanya jika teman wanitanya itu adalah gadis di dalam gambar bersamanya yang kini tersebar luas di internet, beliau berkata: "gambar yang tersebar di internet itu bukanlah orang yang dimaksudkan (teman wanitanya). "Itu adalah gambar yang diambil sebagai kenangan ketika saya dan rakan keluar beramai-ramai," katanya sambil meminta wartawan tidak bertanya lebih lanjut kerana tidak suka menggembar-gemburkan hal peribadi.