Monday, May 12, 2014

PutraJaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014

Tahun ini aku berkesempatan untuk berkunjung ke Hot Air Balloon Fiesta yang diadakan di PutraJaya. Dan aku cuma berkesempatan pergi pada hari terakhir pameran diadakan. Last day, memang ramai dan pack dengan orang yang datang untuk menyaksikan Hot Air Balloon naik ke udara. Dengan keadaaan cuaca yang memang sangat panas dan terik, memerlukan kesabaran menunggu tiba waktunya Hot Air Balloon akan ke udara. Mengikut jadual sepatutnya balloon-2 akan ke udara pada pukul 6.00pm tapi bila sampai di lokasi pukul 6pm masing belum sampai lagi peserta yang mengambil bahagian.


Agak mengecewakan hanya terdapat 3 balloon sahaja yang ke udara, sementara yang lain hanya berada di darat. Bagi diriku,aku menunggu Balloon Bentuk Motosikal dan Dark Vader untuk ke udara, tapi nampaknya hampa apabila balloon tersebut hanya berada di darat..anyway tak banyak gambar yang dapat ku ambil, nak cari spot pun susah terlalu padat dengan orang…so lebih banyak gambar selfie dari gambar event…that’s all for now