Monday, July 28, 2008

A Day Spend As A Photographer Student

Pada 12 July 2008, aku telah mendaftarkan diri ke BENGKEL ASAS FOTOGRAFI - PUTRAJAYA, bertempat di Istana Kehakiman. Kelas start at 09.30 am.So aku pun minta tolong adik ku Nana untuk menghantarkan aku ke Istana Kehakiman.keluar rumah dalam pukul 8.45am dan kami terus berangkat ke Putrajaya. Aku dan adik ku sarapan pagi di sana.


Sampai di kedai adik ku baru cakap yang dia pun tak tau kat mana Istana Kehakiman tu..alamak ingatkan dia tau...aiseyman..bikin ribut aje budak ni...aku pun bertanya la arah jalan pada cashier kedai tu...makan punya makan tak sedar dah dekat pukul 09.30am....aku pun apa lagi kelam kabut la macam kartun daaa..





nasib la arahan yang di berikan oleh mak cik cashier tadi betul.kalau tak mau lagi lama kami pusing mencari tempat yang hendak di tuju. Bila dah jumpa tempat nyer aku pun apa lagi kelam kabut la berlari coz jam dah pukul 09.40 am dah lambat ni...sampai aje aku pun bersuara la...

"ini Encik Adhadi ke ? " ya ..sape nama ? ..."Saya cuteduck75 " ok sila ambil nota ni, "dah berapa lama pegang Camera?"hihihihi aku pun dengan selamba nya jawab " tak sampai setahun" sebenarnya ada la dalam setahun lebih aku dah pegang camera DSLR ini..tapi kena cover line, dah lama pegang camera ni tapi baru nak belajar the basis function of photography.



ini la dia Model tangkap muat..hahaha..masa sessi pagi model Liza lum datang so "Beginners" nickname dia,jadi model bidang terjun...



so Bro Hadi pun terus kan lecturer nyer bercerita serba sedikit mengenai basis function dan setting of the camera. kami semua duduk di tepi tangga, redup sikit tak la panas. Dan juga teori Sunny 16 yang selalu menjadi rujukan photographer untuk mentetap kan setting camera mengikut keadaan persekitaran sama ada terang,mendung atau indoor.....cheh masing-2 aku tengok macam faham je...angguk-2 je semua..aku pun wat-2 cam faham tapi confuse jugak sebenarnya...rupanya bila aku tanya ahli-ahli yang lain dia orang tu pun wat cam faham je pada hal tak faham pun..maklum la ada yang baru beli camera so memang totally new...








SiFu baju biru tengah tunjuk ajar,camera setting..buat - buat faham ke tu BRO?


selepas setiap penerangan camera settings Bro Hadi akan suruh kami semua ambil gambar sama ada permandangan ataupun di kalangan kami yang jadi model. Pada sessi pagi ni sepatutnya Model Lisa ada untuk kami semua shoot gambar dia,tapi Lisa tak sampai lagi, so Bro Saiful yang jadi model sementara. Ada jugak di kalangan kami yang jadi model macam "Beginners" ni nickname dia dalam chat forum..jadi nyer "Beginners" aje yang jadi model bidang terjun...kami ni yang ambil gambar dia nak tergelak pun ada...ye la wat muka poyo je..ngan spec mata hitam dia tuu...control macho Bro ni...






masing-masing tgh BZ tengok camera settings..tak sedar aku curi ambil gambar diaorg..hahahaha


Tapi dia cool banyak bagi aku tunjuk ajar pasal setting camera..maklum la aku ni bukan nyer terror sangat,depa ni dah selalu pergi workshop so lebih tahu la serbi sedikit pasal camera setting ni....tima kasih "Beginners" ...hihihi...lebih kurang dekat pukul 11.00am Lisa baru sampai so selepas ini kami perlu mengambil gambar Lisa..






perbincangan serious nampak....Blurr ke BRO-2 semua



Bagi aku amat susah untuk ambil gambar mengikut metering mode, di mana gambar perlu di ambil berdasarkan meter yg terdapat di camera dengan berpandukan warna dan number. misalnya jika objek berwarna putih maka meter nya kena berada di -2.Susah jugak, setting kena betul baru meter di camera akan berada ni number yang di kehendaki...fuh...susah tol...aku dan member sebelah dah tension la jugak bila tak dapat nak hit the right metering....macam refer teori Sunny 16 lebih senang.





ni la dia BRO Saiful...jadi model tangkap muat jgk...boleh la dari tak de model..


sedar tak sedar dah pun tiba waktu lunch, so semua pergi makan lunch di food court dan sembahyang Zohor. Selepas makan kami semua di bawa ke tempat baru iaitu ke Taman Warisan Pertanian. hihihi rasanya aku dah dua kali pergi tempat ni. kami semua berangkat naik kereta buggy...macam kereta yang nak pergi padang golf tu haaa lebih kurang la...kalau jalan kaki boleh tahan la jauh nyer...dengan cuaca yang panas terik ni...emmm lebih baik naik kereta buggy..




ini baru la Model yang sebenarnya...LIZA...



Lokasi pertama adalah Rumah Warisan, rumah kampung tradisional. Lisa berdiri di tepi tingkap so kami dikehendaki mengambil gambar Lisa..kemudian beralih pula di dalam bilik di mana lampu nye samar aje kami di kehendaki mengambil gambar Lisa setting semua kena tukar pada ISO 800,white balance kena tukar jugak dan jugak apperture dan shutter speed. terkial-kial semua menukar setting camera...habis ambil gambar di rumah warisan kami bergerak pula di luar kawasan rumah..






LIZA posing maut di Rumah Kampung di Taman Warisan..



sekarang lokasinya pula di atas bangku berlatar belakang rumput..Lisa sebagai subjek utama sementara latar belakang jangan sampai menengelamkan subjek.Tengah dok ambil gambar ni tetiba la pulak bateri ku kong. Arrggg...alamak tak de bateri spare lak tu..nasib baik la "Beginners" pinjam kan aku bateri dia,ada spare bateri dapat la meneruskan sessi photography selanjutnya..hihihi tima kasih "Beginners" kalau tak jawapnyer aku tengok aje la korang ambil gambar...huk huk huk tak sanggup rasanya mesti tension giler nyer...






ok selepas itu BRO Hadi mengajak kami ke lokasi seterusnya iaitu di ladang Getah.BRO cari spot yang menarik dan suruh kami shoot gambar Lisa...veteran la katakan spot yang di cari memang cantik dengan cahaya matahari jatuh ke atas subjek,dan kami di kehendaki mengambil gambar Lisa...bila dah ambil nampak cantik pula pemandangan ladang getah ini...aku paling suka ambil gambar di lokasi ladang getah ini..






cahaya matahari jatuh betul-betul Di atas Lisa menjadikan gambar nampak menarik...cantik menarik tertarik kau memang DABOOM...lebih kurang pukul 05.00pm sessi kami pun tamat la..BRO Hadi ada ambil gambar group, aku dah minta suruh anta thru email tapi tak dapat lagi,so tak dapat la aku upload dalam blog ku ini..pengalaman yang menyeronok kan untuk kami semua...ye la satu hari dapat jadi photographer tak bertauliah..berangan je lebih..masih banyak yang perlu aku pelajari mengenai camera DSLR ini..so to all of you guys i have a great and fun time..maybe we can meet again in the next outing or workshop...untill then i'm signing off from here..cuteduck75..so below are the snapshot taken...








tajuk subject.."kesepian"









































posing di ladang getah





ni kat Malaysia je..LAluan ke taman getah di Taman Warisan Putrajaya..mcm kat oversea je













































masing-masing lepak selepas habis sessi tangkap gambar, BRO Hadi asyik bergayut je dari tadi,BZ tu..








ni semua tengah tunggu kereta buggy datang ambil..









berakhir sudah bengkel outdoor..until we meet again in the next outing


Ini adalah jadual nya....

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI - PUTRAJAYA, 12 JULAI 2008
Tarikh : 12 Julai 2008
Masa : 9.30 pagi - 5 petang
Tempat : hadapan Palace of justice, Putrajaya
Tahap : Asas / Beginner (baru memiliki DSLR dan mahu mendalami asas tentang eksposure dan teknik2 lain)
Tutor : Adhadi Mohd
Fasilitator Nikon :Faiz

Objektif:
Memberikan pendedahan praktikal tentang penggunaan kamera DSLR, berbagai lensa dan fungsinya, dan pemahaman untuk mengawal dedahan dengan tepat dan berkesan. Juga penerangan dan latihan untuk teknik-teknik dalam menghasilkan komposisi yang baik dan berkesan,
Konsep : Outdoor
Nota : Disediakan

Agenda:
09.30 am : pengenalan kepada DSLR, Lensa, Flash, dan aksesori2


10.00 am : Penerangan kepada Aperture, Shutter, ISO, metering, dan histogram secara terperinci


10.30 am : Jenis-jenis cahaya dan kaitan dengan fotografi


11.00 am : Teknik dedahan Manual, Aperture Priority & Shutter Priority & Praktikal dan Latihan untuk mengenal dedahan yang betul tanpa perlu sebarang metering menggunakan peraturan Sunny 16 dan variasi sunny 16.


11.30 am : Mengatasi masalah underexpose, overexpose, backlighting, blurry dan warna yang kurang menarik akibat kesilapan White balance.


12.30 am : Berehat & makan tengahhari


2.15 pm : Asas-asas komposisi, framing dan latihan memperbaiki framing, mengawal kawasan fokus (DOF), mengawal bokeh, dan mengawal highlight.


3.30 pm : Teknik-teknik asas menggunakan flash menggunakan TTL, TTL-BL, Manual dan mengira kekuatan flash yang diperlukan.


4.00 pm : Mengawal kekuatan sudut dan jarak liputan cahaya dari flash dengan mengawal zoom head dan diffusing tools.


4.30 pm : Sesi review