nasib la arahan yang di berikan oleh mak cik cashier tadi betul.kalau tak mau lagi lama kami pusing mencari tempat yang hendak di tuju. Bila dah jumpa tempat nyer aku pun apa lagi kelam kabut la berlari coz jam dah pukul 09.40 am dah lambat ni...sampai aje aku pun bersuara la...
"ini Encik Adhadi ke ? " ya ..sape nama ? ..."Saya cuteduck75 " ok sila ambil nota ni, "dah berapa lama pegang Camera?"hihihihi aku pun dengan selamba nya jawab " tak sampai setahun" sebenarnya ada la dalam setahun lebih aku dah pegang camera DSLR ini..tapi kena cover line, dah lama pegang camera ni tapi baru nak belajar the basis function of photography.
SiFu baju biru tengah tunjuk ajar,camera setting..buat - buat faham ke tu BRO?
selepas setiap penerangan camera settings Bro Hadi akan suruh kami semua ambil gambar sama ada permandangan ataupun di kalangan kami yang jadi model. Pada sessi pagi ni sepatutnya Model Lisa ada untuk kami semua shoot gambar dia,tapi Lisa tak sampai lagi, so Bro Saiful yang jadi model sementara. Ada jugak di kalangan kami yang jadi model macam "Beginners" ni nickname dia dalam chat forum..jadi nyer "Beginners" aje yang jadi model bidang terjun...kami ni yang ambil gambar dia nak tergelak pun ada...ye la wat muka poyo je..ngan spec mata hitam dia tuu...control macho Bro ni...
masing-masing tgh BZ tengok camera settings..tak sedar aku curi ambil gambar diaorg..hahahaha
Tapi dia cool banyak bagi aku tunjuk ajar pasal setting camera..maklum la aku ni bukan nyer terror sangat,depa ni dah selalu pergi workshop so lebih tahu la serbi sedikit pasal camera setting ni....tima kasih "Beginners" ...hihihi...lebih kurang dekat pukul 11.00am Lisa baru sampai so selepas ini kami perlu mengambil gambar Lisa..
ok selepas itu BRO Hadi mengajak kami ke lokasi seterusnya iaitu di ladang Getah.BRO cari spot yang menarik dan suruh kami shoot gambar Lisa...veteran la katakan spot yang di cari memang cantik dengan cahaya matahari jatuh ke atas subjek,dan kami di kehendaki mengambil gambar Lisa...bila dah ambil nampak cantik pula pemandangan ladang getah ini...aku paling suka ambil gambar di lokasi ladang getah ini..
cahaya matahari jatuh betul-betul Di atas Lisa menjadikan gambar nampak menarik...cantik menarik tertarik kau memang DABOOM...lebih kurang pukul 05.00pm sessi kami pun tamat la..BRO Hadi ada ambil gambar group, aku dah minta suruh anta thru email tapi tak dapat lagi,so tak dapat la aku upload dalam blog ku ini..pengalaman yang menyeronok kan untuk kami semua...ye la satu hari dapat jadi photographer tak bertauliah..berangan je lebih..masih banyak yang perlu aku pelajari mengenai camera DSLR ini..so to all of you guys i have a great and fun time..maybe we can meet again in the next outing or workshop...untill then i'm signing off from here..cuteduck75..so below are the snapshot taken...
Ini adalah jadual nya....
BENGKEL ASAS FOTOGRAFI - PUTRAJAYA, 12 JULAI 2008
Tarikh : 12 Julai 2008
Masa : 9.30 pagi - 5 petang
Tempat : hadapan Palace of justice, Putrajaya
Tahap : Asas / Beginner (baru memiliki DSLR dan mahu mendalami asas tentang eksposure dan teknik2 lain)
Tutor : Adhadi Mohd
Fasilitator Nikon :Faiz
Objektif:
Memberikan pendedahan praktikal tentang penggunaan kamera DSLR, berbagai lensa dan fungsinya, dan pemahaman untuk mengawal dedahan dengan tepat dan berkesan. Juga penerangan dan latihan untuk teknik-teknik dalam menghasilkan komposisi yang baik dan berkesan,
Konsep : Outdoor
Nota : Disediakan
Agenda:
09.30 am : pengenalan kepada DSLR, Lensa, Flash, dan aksesori2
10.00 am : Penerangan kepada Aperture, Shutter, ISO, metering, dan histogram secara terperinci
10.30 am : Jenis-jenis cahaya dan kaitan dengan fotografi
11.00 am : Teknik dedahan Manual, Aperture Priority & Shutter Priority & Praktikal dan Latihan untuk mengenal dedahan yang betul tanpa perlu sebarang metering menggunakan peraturan Sunny 16 dan variasi sunny 16.
11.30 am : Mengatasi masalah underexpose, overexpose, backlighting, blurry dan warna yang kurang menarik akibat kesilapan White balance.
12.30 am : Berehat & makan tengahhari
2.15 pm : Asas-asas komposisi, framing dan latihan memperbaiki framing, mengawal kawasan fokus (DOF), mengawal bokeh, dan mengawal highlight.
3.30 pm : Teknik-teknik asas menggunakan flash menggunakan TTL, TTL-BL, Manual dan mengira kekuatan flash yang diperlukan.
4.00 pm : Mengawal kekuatan sudut dan jarak liputan cahaya dari flash dengan mengawal zoom head dan diffusing tools.
4.30 pm : Sesi review