Wednesday, October 13, 2010

Lunch At Chicken Rice Shop

Pada hari Selasa lepas, aku dan sahabat ku telah keluar menuju ke KL Central, gara-gara nak makan The Chicken Rice Shop....so bergerak dan berlari sebentar meninggalkan office nak menuju ke KL Central...makan dan terus balik...naik LRT cepat la sikit sampai...just to take break and have some fresh air..hahahah ...so we enjoy our food and have a fun time...selepas itu kembali ke office ...








My Lunch for the Day

Lunch At San Francisco Coffee KLCC

On Monday, i wanted to eat Scon at San Francisco Coffee...dah lama tak makan...scon nya memang sedap di makan bersama jem dan butter...tak lupa jgk salad buah dan coffee latte...kami menikmati lunch di KLCC..sambil bersantai....memang sedap dan lama tak makan scon ni...so after lunch back to the office...we really enjoy our food....




My Favourite Scon




Thursday, September 16, 2010

Raya Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...Hari Raya pertama aku masih lagi berada di KL. Maklumla dah tak ada kampung, atuk dan opah pun dah tak ada lagi, so makin jarang la balik ke kampung. Hari pertama Raya, keluarga sebelah ibuku telah berkumpul di rumah makcik ku yang terletak di Bangi.Makcik2 dan pakcik ku semua nya berkumpul di sana.Bila dah semua keluarga berkumpul suasana pun jadi meriah. Kami semua cuba hiburkan sepupu ku Hakim...tak nak la dia rasa sedih..Hakim telah di sahkan mengidap penyakit leukimia pada bulan puasa...dia masih lagi dalam rawatan di HUKM. Dah go thru KIMO untuk 2 kali. Alhamdulilah nampaknya dia beransur pulih walaupun kaki nya masih tak berapa kuat untuk berjalan. Doctor bagi pelepasan 3 hari untuk pulang ke rumah sebelum di masukan ke WAD semula. Semua ahli keluarga sedih dan berharap Hakim akan sembuh. Dia seorang yang cekal untuk menlawan sakit yang di hadapi nya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,Hakim,Makcik Ku, Pakcik Ku...lebih berasa sedih...semoga tabah menghadapi dugaan ini.....kami semua mendoakan semoga Hakim cepat sembuh..berilah dia peluang untuk meneruskan hidup ini...umur nya masih muda...sembuhkan la sakit nya...semoga Hakim kuat dan tabah..AMIN...

makcik ku sempat menjual tudung..macam2 tudung ada


Masakan yang menjadi kepakaran pakcik ku Kueh Teow Kung Fu

Asam laksa pun ada...

Sepupuku yang berada di New Zealand tak dapat bersama utk menyambut Raya..video call utk tatapan nya

Meet my cousins....

Meet MY Cousins dari kecil sampai yang besar..


MY Big Family...


Semua ceria dan happy go luckly....


Bergambar bersama Hakim, Baju Hitam duduk..semoga Hakim cepat sembuh ye..kami semua doakan..

Saturday, September 4, 2010

Raya Memories @ Sunway Piramid

Minggu lepas aku telah berkunjung ke Sunway Piramid. Bukan nak cari apa pun, shopping pun tak de la pulak. Cuma aku nak tengok decoration Sunway tahun ini. Bertemakan "Raya Memories" Sunway Piramid ingin mengembalikan semula suasana meriah balik kampung dengan KTM. Replika Keretapi Tanah Melayu menghiasi ruang shopping complexnya. Ramai pengunjung yang datang dan bergambar di sini. Ada motor vespa memang nostalgia betul...klasik ...teringat zaman balik kampung naik keretapi...waktu itu nenek aku masih ada lagi, aku pulang ke kampung dengan menaiki keretapi, sorang aje. Fikir balik berani la pulak aku balik sorang naik keretapi. Memandangkan aku dah lama tak balik ke Ipoh aku sengaja balik untuk bertemu Opah dan Atuk ku...siapa sangka rupanya itulah kali terakhir aku berjumpa Opah, selang beberapa tahun, opah ku meninggal dunia. Itu la kali terakhir aku bersama Opah. Dan sekarang Opah dan Atuk ku jugak telah lama meninggal dunia. Tak ada la lagi balik ke Kampung, kalau balik pun pergi menziarahi makcik dan pakcik ku yang masih ada. itulah serba sedikit kenangan ku balik kampung menaiki keretapi...















Sunday, August 22, 2010

Nasi Daging untuk Berbuka

Hari ini tak tahulah nape..aku rajin la pulak nak mencuba resepi baru untuk berbuka puasa..terima kasih kak Hanieliza for the resepi..you are my favourite reference for recipe and cooking...setelah aku mencari resepinya aku pun cuba la masak nasi daging..kemudian masak ikan sambal, kerabu mangga, goreng ayam dan jelatah timun...peh ..punya la rajin masak semua tu....apa-apa pun setelah ku cuba resepi ni,not bad boleh tahan..lagipun bahan nya senang dan ringkas tak perlu la cari di pasar....di sini aku sertakan resepi nya...ikut kegemaran masing-2 nak masak lauk apa..ayam kurma boleh,darca sayur boleh...bagi aku ikut mana yang sempat aje...hihihihi

NASI DAGING

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.




lauk Ikan masak sambal, Kerabu Mangga dan jelatah timun

Nasi Daging

Tuesday, August 17, 2010

From KL To Penang...Work On Duty

Seminggu sebelum puasa aku telah berangkat ke Penang atas urusan kerja. Pergi by flight so tak la penat sangat. Aku menuju ke KL Sentral dan menaiki ERL untuk ke KLIA. Penerbangan ku lebih kurang pukul 1.50 pm. Aku bersama rakan ku berjumpa di KL Sentral. Sampai sahaja di Penang kami telah di jemput oleh IT Rep. Sewaktu dalam kereta boss ku kata nak makan durian. Apalagi terus aje berhenti tepi jalan kebetulan ada gerai jual durian. Nak tergelak pun ada, tak sampai 5 minit dalam kereta dah berhenti makan durian.



Penjual durian rekomenkan kami durian Ais Krim...first time makan...memang macam ais krim rasa nya...tak dapat nak berkata2 lagi dah..sedap tol...isi nya padat lembut dan tebal macam ais krim..sementara biji nya pula kecil je..orang Penang panggil durian ais krim...tak tau la nape kan..tapi memang enjoy makan durian ini...



setelah makan durian..kami bergerak menuju ke bandar pula. Makan nasi bryani Claypot...emmm ini pun baru aku tahu ada nasi bryani Claypot kat Penang...so makan la kami petang itu di restaurant Kapitan berhampiran Little India..


selepas makan tenghari, kami pergi cari jeruk sikit...untuk di bawa pulang..tapi aku tidak beli jeruk tak berapa minat nak makan..cuma menemani rakan ku sahaja...sebelum check-in ke hotel, kami telah singgah di regional office terlebih dahulu supaya senang urusan untuk keesokan hari nya..



check in hotel, dan berehat selepas solat maghrib aku berserta bossku dan rakan ku berjalan kaki ke Gurney Drive untuk makan malam. Hotel kami jgk berada di kawasan Gurney drive. nampak aje dekat bila jalan kaki punya la jauh...pada sebelah malam nya kami pekena rojak pasembur dan Char Kueh Teow Penang...Peh ...sedap...balik hotel berehat kerna keesokan pagi nya kami perlu berada di Regional office pada pukul 9.00 am...


Aturcara event habis lebih kurang pukul 2.00 ptg...kami sempat pergi ke SPA sebelum berangkat pulang..flight kami di jadualkan bergerak pada pukul 7.30pm...semua nya berjalan lancar..cuma banyak soalan dan complaint yang kami terima dari Northern Region ini...semoga tahun depan kami dapat membaiki mutu perkhidmatan kami....


Boarding beg dulu..at KL Central

dlm ERL on the way to KLIa



Chocolates shop...At KLIA Terminal..




Baru aje sampai di Airport, dah berhenti makan durian




Sedapppp nyer..ini la dia Durian "Ais krim"...orang Penang panggil durian Ais Krim




ini pulak lunch kita orang..Nasi Bryani Claypot..first time makan..




singgah beli jeruk...




Malam makan Rojak Pasembur...di Gurney Drive..ini kongsi ramai2 banyak tu..




Char Kueh Teow Penang for Dinner..




Northern Region..Regional Office...

Airport Penang..

Sunday, August 8, 2010

Taman Seri Empangan Putrajaya

HI Guys....minggu lepas secara kebetulan aku telah jumpa tempat baru yang menarik di Putrajaya, iaitu Taman Seri Empangan Putrajaya. Permandangan di Tasik sini menarik dan nyaman. Mungkin tak ramai orang luar tahu tempat ini, kecuali orang Putrajaya la. Kawasan Tasik nya luas dan ada empangan di penghujung Tasik. Sungguh damai permandangan di sini, dan anda boleh bermain layang-layang di kawasan ini. Taman permainan kanak-kanak jugak ada di sini. Apa yang unik nya Taman ini terdapat jambatan unik dan moden di penghujung Tasik. Ada jugak pengunjung yang berkelah di tepi Tasik, siap bawa tikar dan bekalan makanan lagi. Terasa nyaman bila berjalan di Taman Seri Empangan ini, ialah memandangkan tidak begitu ramai pengunjung yang datang so tak la crowded sangat seperti di Kawasan Masjid Putrajaya. Boleh di katakan Taman ini terletak di hujung kawasan Putrajaya iaitu berhampiran PICC.So enjoy the photos taken...















Permandangan dari PICC