Sunday, June 27, 2010

Trip Ke Bandung, Day 1 - Part 1

Date : 12/02/2009, Thursday
Trip : Bandung,Indonesia
Flight : Air Asia From LCCT To Bandung

Hari Pertama :

Bermula la pengembaraan ku bersama rakan-rakan sepejabat ku. Dari semalam lagi aku telah bersiap sedia dan mengemas barang keperluan ku.Berbekal kan hanya satu beg pack sederhana besar, itu pun beg laptop sebenarnya. Aku cuma bawa seluar jeans ku, baju tido sehelai, t-shirt 3 helai,pencuci muka dan berus gigi.Pack ala cowboy saje..maklum la rakan2 sepejabat ku kata, nanti bila sampai di Bandung, baju dan keperluan yg lain beli di sana saja. Aku dgn yakin nya mengikut rancangan mereka,kalau la sana tak ada barang2 keperluan itu..jawabnye sehelai sepinggang la aku...Misi dan tujuan rakan2 ku adalah untuk bershopping semata-mata.


Tapi tidak pula bagi aku, aku lebih suka mengambil gambar dan melihat tempat orang. Jauh perjalanan luas permandangan, itu la kata-2 pujangga. Bukan la aku tak shopping langsung, rugi la kan kalau ke Bandung tapi tak shopping, cuma aku lebih gemar mengambil gambar. Seawal pukul 5 pagi aku telah bangun dan bersiap sedia.Flight ku di jadualkan berlepas pada pukul 9.50 pagi. Tapi aku perlu berada di LCCT lebih kurang pukul 7.30 pagi. Pagi2 buta aku telah bergerak lebih kurang pukul 6.30 pagi.Sarapan pun tak sempat beb, memandangkan aku mengejar masa takut tertinggal flight. Aku sampai di LCCT lebih kurang pukul 7.45 pagi.




Turun saja dari kereta aku segera mencari rakan-rakan ku yang lain. Rupanya cuma aku dan sahabat ku Hajar saja yang belum sampai, yg lain semua dah ada.Dengan segera kami semua melaporkan diri and check IN. Passport berkumpulan so semua orang mesti ada sebelum kami dapat masuk ke dalam di ruang menunggu. Aku sempat singgah di Farmasi dan beli air kotak serta roti bun untuk mengalas perut.




Kami terus menuju ke Inter Terminal Bus Shuttle Gate, di mana di situ tempat menunggu ketibaan flight. Sementara menunggu kami berborak2 sesama sendiri untuk menghilangkan bosan. Tiba-tiba, kami dapat satu pengumuman dari pihak Air Asia, flight yang sepatutnya berlepas ke Bandung pada pukul 9.50 am, "DELAY"! Aduh...delay ke? Dengan perasaan hampa terpaksa la tunggu sehingga la di beritahu kelak.


Jam telah pun menunjukan pukul 11.25 pagi, aku masih lagi di sini di tanah airku Malaysia. Aku toleh di sebelah ku Kak Yati telah pun terlelap dengan lena nya.Rakan-2 ku yang lain sibuk berborak, sementara aku sibuk dengan catatan buku nota ku yang kecil ini. Segala peristiwa dan perjalanan ku ke Bandung akan ku tulis dalam nota buku kecil ku.Aku dapat rasakan badan ku semakin penat dan letih, perut pulak dah lapar dan telah berbunyi untuk minta di isi makanan. Tadi cuma di isi dengan roti saje. Begitu letih sekali menunggu.Betul la kata pepatah, penantian itu suatu penyeksaan...



Akhirnya pada pukul 1.00 tengahari baru la flight kami tiba, apa lagi masing-masing gembira dapat berlepas ke Bandung.Macam kambing baru terlepas dari kandang, kami pun menyerbu ke flight. Setelah duduk di tempat masing-masing, sempat lagi kami berposing ambil gambar. Perut dah lapar, dengan harapan aku nak beli la makanan yang ada dalam flight ni, tapi hampa bila pramugari itu kata makanan semua dah habis yg tinggal hanya air kotak saja. Terpaksa la aku beli air kotak "MILO".




Perut ku dah terasa amat pedih sekali tapi ku tahan jugak, nak buat macam mana semua penumpang pun kelaparan dan keletihan akibat menunggu lama. Dan yang lebih tragis nya tempat duduk ku adalah yang paling akhir dan belakang, so bila sampai belakang saje makanan sudah habis.


Selepas minum aku melelapkan mata, kerna keletihan. Sedar-2 rakan ku telah mengejut kan aku dan itu menandakan kita semua akan sampai ke Bandung. Yehaaaaa....Kami sampai di Bandung pada pukul 2.00 petang, waktu Malaysia pukul 3.00 petang.Landing time...masing-masing terasa excited pulak, hilang rasa lapar.....



Tempat menunggu ketibaan Flight Kami, macam kandang kambing kan

Zelina tunggu Flight tak sampai-sampai,tertido dengan lena nya


Muka tersengih happy bila flight dah sampai...Hooorayy..Bandung here i come

Bergerak menuju ke Flight setelah lama menunggu...


Sempat ambil gambar dalam Flight...


Pemandangan Bandar Bandung Dari Dalam Flight...masa ni belum landing lagi

Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung....Landing Time...

Baru Keluar dari Flight, masing-masing dah sibuk keluarkan Map pulak..


Baru menjejak kan kaki di Airport Bandung, setelah turun dari Flight.

Bergambar di luar Airport Bandung, setelah selesai semua urusan di Airport


Kak Mona tersenyum lebar setelah kami semua selamat sampai ke Bandung....Dari Airport menuju ke Kereta Agent yang mengambil kami untuk Check IN ke hotel