Wednesday, December 31, 2008

Registration Semester 2 - UiTM

minggu lepas pada hari Ahad, aku hantar adikku Bazla mendaftar untuk kemasukan semester kedua di UiTM Shah Alam...kami semua pergi awal pagi..senang sikit nak uruskan kalau datang awal...SAMPAI di UiTM lebih kurang pukul 09.30am..sampai aje memang dah beratur panjang utk registration....emmm tak tau la pukul berapa nak habis ni..adik ku pun beratur la utk registration...tetiba dia dapat pulak sms dari kawan nyer bole register esok?!..aik ada ka..so kami pun beransur la dari kolej dan pergi makan sarapan ...

selepas sarapan pegi mydin coz ada barang keperluan yang perlu di beli oleh adik ku...tengah la dok jalan-jalan tengok barang....tetiba dia call pulak..."emmm Bazla dah habis beli barang,tunggu kat luar ni." "Boleh tak lepas ni hantar balik ke kolej? "...."tadi kawan call boleh register hari ini." ....adussss.....sekejap boleh lepas tu tak jadi pulak...macam-macam adik ku sorang ni...kami pun pergi la balik ke kolej...sampai aje dah pukul 12.00 lebih....

dan student pun semakin ramai...termasuk parents yang hantar sekali untuk registration...menjadikan kampus ramai dan sesak ....adik ku pun pergi la beratur balik untuk register....kami semua pun dok la tunggu kat luar..nasib baik la beli majalah dan bawa camera so tak la boring menunggu..boring-2 bangun ambil gambar sekeliling...


tetiba dia datang dengan muka poyo macam nak bagitau sesuatu...LAAAAAA.......kad MATRIX student card tu tertinggal pulak di rumah...apa lagi telefon la rumah,nasib baik kakak nyer NANA ada di rumah so,pesan aje kat dia suruh bawa kad matrix tu ke sini...


apa lagi memang kena la pot pet pot pet dengan ibu ku...ye la nasib baik rumah dekat..kalau la kena hantar ke Perlis macam mana tu? tak kan la nak patah balik kan?...Adusss...macam-macam hal adik ku ni...kena la pulak tunggu adik ku NANA datang kolej hantar card matrix...bila dah sampai...just proceed to register, tapi was inform that she will not get to stay at the hostel.

Tapi bila check online, memang dapat tinggal di asrama..so in order to stay at the hostel, she will have to go the Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk rayuan mendapatkan asrama...bergerak lagi ke sana pulak...i dont' know why are the system or rules make it so complicated for the registration....just don't understand why do we need to go thru this hassle but by the end of the day they still provided the accomodation for the students...anyway everything settle...adiku ku di tempat kan di Blok baru,bukan blok yang sama macam semester 1...so tolong angkat beg-beg nyer ke bilik...dan pulang ke rumah..memandang kan kelas belum start lagi so dia pun ikut la kami balik ke rumah...





Bazla at her room



Bazla and her course mate




siswi beratur panjang..menunggu giliran





sila baca sign board pada siswa siswi yg baru nak daftar...




waiting and waiting....for the registration...





muka Bazla yg poyo..tertinggal kad matrix di rumah




bangunan sebelah kiri..warna putih ni asrama Bazla...











fakulti kejuruteraan..


Tuesday, December 16, 2008

Penang Explore,Butterfly Farm-Part 3

Hi there my friends...continue with the story of my journey .....aku ingin berkongsi foto koleksi ku di taman rama-rama Penang.Tempat nya menarik jugak seperti berada di satu taman yang indah di kelilingi rama-rama..bukan sahaja rama-rama, terdapat jugak pameran serangga dan juga muzium rama-rama.Di sini ada display all kinds of butterflys..dari berbagai jenis dan spesis...

lama jugak aku berada di dalam taman ini sebelum aku melangkah keluar....anyway ini la dia antara koleksi-koleksi ku...



jinak nyer rama-rama ini...


hihihihi tak tahu pula butterfly suka pisang



what a beauty....



dapat jugak snap warna kuning ni..





cantik nyer..my favourite












ku lihat hijau...aku sebenarnya bukannya berani pun nak ambil gambar binatang ni..geli tengok..













kala jenking glow in the dark..bila buka lampu bertukar color




ini la dia kala jengking tadi..bila pasang lampu dia glow in the dark

Relax Sekejap..Lawak Pendek

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

'Seberapa burukkah pendengarannya?' tanya doktor.

'Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbualdengannya.

''Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu.

Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,dekatkan jarak sedikit demi sedikit.

Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.

'Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.

Dari jarak 6 meter ia berteriak, 'Makan apa kita malam ini?'

Tak ada jawapan.. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan.

Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.'Makan apa kita malam ini?'

katanya separuh menjerit. Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata,lalu menjerit:

'Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!

'Rupa2 nya si Udin yg pekak!!!!

Wednesday, December 10, 2008

Penang Explore, Sunset - Part 2

back to my Journey of Penang Explore Part 2..kali ini aku ingin berkongsi koleksi foto ku yang di ambil di Penang sewaktu "SUNSET"....what i can say is...."No words"...can describe the beauty of nature...this is my first time capture a sunset shot and kali pertama jugak menyaksikan sunset..serious ni, ini la kali pertama aku menyaksi kan sunset....

sungguh indah permandangan ini..lalu aku kembali kan keindahan ini pada yang maha esa, yang mencipta nya,betapa kerdil nya diri ini sebagai hamba nya yang serba kekurangan...hanya dia yang esa,pencipta segala alam ini...aku berkesempatan merakam kan beberapa shot sunset ini...sebelum ianya hilang di telan kepekatan malam....sungguh aku terkesima..dan terpaku menyaksikan keindahan itu untuk beberapa minit yang indah ini..

lokasi nya adalah di Batu Ferrighi,Penang..memang cantik pemandangan sunset ini,indah sungguh ...mungkin selepas ini aku akan cuba ambil shot Sunrise pula...keindahan ini membuat kan diri ku ini ingin menjadi pemburu sunset nan indah...aah memang cantik kan..tapi iblis dan syaitan jugak banyak berkeliaran waktu ini...lalu kita sebagai hamba nya haruslah bersyukur kerna masih dapat menyaksikan keindahan ini..sesungguhnya manusia itu senantiasa lupa dan leka...

ok bertemu kembali dalam Penang Explore...next episod..



Sunset..view at Penang..Batu Ferringhi





















Tuesday, December 2, 2008

Penang Explore - Part 1

Hi there...i'm back again..well updating my blog..these are some of my photos collection of Penang...actually i have taken the snapshot dah lama dah cuma tak upload aje kat sini...i don't remember last year or this year..anyway there is a lot of interesting places to shot in Penang...macam-macam ada...

aku suka explore pergi ke Bandar Penang...ada banyak bangunan lama dan antik...kebanyakan rumah kedai ataupun bangunan nyer masih di kekal kan bentuk asal.cuma di CAT baru sahaja tanpa mengubah bentuk asal bangunan...

kebetulan sewaktu aku berada di Penang, aku berpeluang berkunjung ke Fleet Market. Mengikut peta Penang yang menjadi rujukan ku..Fleet MArket tu hanya akan di buka pada 31 haribulan sahaja.emmm tak ingat la 30 ke 31 lebih kurang la gitu...Fleet Market ni kecil aje tak la besar sangat...kalau kat KL ni lebih kurang macam UP Town la...bazaar jual bermacam-macam barang....

Di fleet market ni ada berbagai barang antik yang di jual...name it what you a looking for...you can find them there
..ini adalah antara gambar-gambar aku ambil sewaktu berkunjung ke Fleet Market.. ok stop here..bersambung lagi next episod...of Penang Explore

hihihi u all perasan tak, spot kat pintu ni ada dalam video klip "Cinta Bius",filem cicakman 2...dalam page ku ini ada the video klip from you tube..

salah satu barang antik yang terdapat di Fleet Market,Penang..



~Fleet Market~
talipon lama,tergingat waktu kecil rumah arwah atok ada phone macam ni..
antik betul talipon ni





~Fleet Market~
pinggan mangkuk lama dan antik...




parking meter ni aku terjumpa sewaktu aku tengah ambil shot bangunan lama






~Fleet Market~
hihihi lampu minyak tanah....cantiks la pulak antik sungguh...



~Fleet Market~
antara barang antik yang di lelong



found something interesting to shot..



salah satu bangunan lama yang ada di bandar Penang..



satu lagi bangunan lama yang telah di cat baru tapi masih mengekal kan bentuk asal bangunan..



aku suka tengok colour yang di cat pada pintu ini..nampak menarik tapi masih mengekal kan bentuk asal walaupun rumah dah di renovate baru..

Thursday, November 20, 2008

Hari Raya Open House At My Office

halloooo....sambung kembali to my story of the Hari Raya event....setelah perancangan di buat berserta dengan perlantikan AJK bahagian masing-masing...maka berlangsung la event nyer pada Hari Jumaat. Aku seperti tahun-tahun yang lepas akan di tugaskan untuk menjadi penyambut tetamu...tunggu ketibaan tetamu kehormat di Lift ke pintu utama.....Jamuan bermula pada pukul 11.30 pagi..memandangkan pada hari itu adalah hari jumaat maka,tetamu semua serbu ke floor kami awal...pulak tu pada hari itu cuma Division aku saja yang ada buat open house, floor lain tak ada.


memang ramai betul yang datang sehingga kan makanan tak mencukupi...alamak aiiii...sebagai tuan rumah segan la kami kan, bila orang datang makanan dah habis...nak buat macam mana tetamu punya la ramai..so sesiapa yang datang selepas pukul 2.30 petang memang makanan dah habis...sebagai back up untuk petang kami order la serba sedikit mee goreng, memandangkan satay masih ada so at least ada la jugak lagi makanan...

so after all the guest of honour have arrived and leave, we all gather around for a small gathering....speeches from our VP and all of the divisions Heads.....and of course the prize giving ceremony hihihihih...konon konon la...coz before the raya event, on the fasting month IT unit berkerja sama meng spring cleaning kan office dan tempat kerja masing-masing....well done job and mostly the teamwork among us that made the office a clearner place and comfortable to work...as you know we spend half of our time at work and office...so it's better to keep the place clean and comfortable as possible....and MY unit won third place...ok la tuuu..at least we won third place..dapat la hamper...

habis aje sessi penyampaian hadiah, kami semua bergambar beramai-ramai...emmm tahun ini ada jugak orang yang sanggup jadi ikan duyung kat depan tue..tahun lepas "Mat Saleh" ..tahun ni "Mat Posing Maut"...hihihi jangan mare geng...kerana Mat Posing ni asyik aje suruh aku ambil gambar dia tengah posing...hihihi kalau la mereka membaca blog ku ini habis la ...kantoi...hihihih....ok i'm signing off from here till we meet again in my next story..until then i'm signing off from here...CuTeDuck75.....

Me & My Friend From Sarawak..she will be base here in KL for 3 months


senyum semua dan pandang camera



para tetamu yang hadir sedang menjamu selera..




hihihih apa yang ada kat atas agaknya...



hihihi sessi berlakon ke ni?




hihihih dua orang hulubalang sedang memegang bunga manggar





kah kah kah apa pasal la semua macam blurr je ni...




sessi penyampaian hadiah dari VP division ku, tempat ketiga untuk category spring cleaning..hihihi hensem tak VP ku kawan-kawan setuju?




sessi group photo, semua control ayu dan mancho nampak...





you're on candid camera ....smile