Sunday, December 29, 2013

Day 2 - Trip To Chiang Mai Thailand

Continue my trip to Chiang Mai Thailand, Day 2 seawal pukul 7.00 pagi rombongan kami perlu berkumpul di lobby. Hari kedua memang activiti penuh dan padat banyak tempat di lawati dan perjalanan agak jauh. Tempat persinggahan pertama kami adalah ke Hot Spring, Thaweesin Chiang Rai. 

Hot Spring, Thaweesin Chiang Rai
Tempat nya kecil saja tapi di jaga rapi dan bersih untuk pelancongan. Semasa kami sampai hujan renyai-renyai tapi redah juga dah sampai kan rugi tak turun yang penting mesti ada gambar kenangan....cuaca sejuk la juga memandangkan hujan turun renyai-2...setelah agak lama berhenti di Hot Spring, Thaweesin Chiang Rai kami meneruskan perjalanan ke The White Temple pulak.

Wat Rong Khun (The White Temple)

Kami cuma singgah sekejap saja di The White Temple ( Wat Rong Khun). Al maklumla rombongan bersama ibunda dan kami ( aku dan adik ku) di larang sama sekali mengambil gambar atau bergambar di sini. Ini pun ambil jugak gambar curi, aku hanya la peminat seni...bagiku White Temple adalah hasil seni yang halus, cantik dan indah itu saja.So tak dapat lah nak tengok dari dekat sekadar tengok dari jauh saja. 

The Karen Long-Neck Tribe, Chiang Rai

Perjalanan di teruskan ke perkampungan orang asli - The Karen Long Neck Tribe, Chiang Rai. Di sini terletaknya perkampungan Orang Asli, mengikut sejarahnya mereka adalah Orang Asli dari Burma(Myanmar) yang berhijrah ke Thailand.Wanita dari suku Karen ini mula melilitkan leher mereka seawal umur 5 tahun. Bagi mereka itu adalah lambang kecantikkan bagi puak Karen, namun begitu ada jugak segelintir suku Karen ini tidak lagi mengikut tradisi melilit gelang di leher. Satu pengalaman baru bagi diriku inilah pertama kali dapat melihat sendiri dari dekat perkampungan Orang Asli Berleher Panjang. Mereka mahir dalam menenun selendang dan hasil tangan nya jugak di jual kepada pelancong yang datang melawat.


The Golden Triangle-Myanmar, Laos Dan Thailand
Seterusnya perjalanan kami singgah di Maesai, sebelum ke Golden Triangle. Di Maesai Chiang Rai banyak menjual barangan cenderahati lebih kurang macam UpTown kalau kat Malaysia. T-shirt -2 murah dan banyak jugak accessories wanita di jual di sini. Kami cuma berhenti selama 30 minit, dan terus bertolak ke Golden Triangle. Golden Triangle adalah pertemuan antara sempadan Myanmar, Laos dan Thailand melalui Sungai Mekong.Setiba di destinasi kami di bawa menaiki Bot menyusuri Sungai Mekong.Setelah melihat sempadan Myanmar, kami di bawa ke sempadan Laos pula.Bagi yang suka membeli belah memang heaven la pergi sini, berbagai aneka jenis beg di jual di sini.Hari yang begitu memenatkan tapi kita enjoyyy......bertemu lagi until then signing off from here...some of the photos taken on the second day...

Hot Spring, Thaweesin Chiang Rai

Hot Spring, Thaweesin Chiang Rai

Hot Spring, Thaweesin Chiang Rai

Hot Spring, Thaweesin Chiang Rai

Hot Spring, Thaweesin Chiang Rai

Hot Spring, Thaweesin Chiang Rai


The White Temple, Wat Rong Khun

The White Temple, Wat Rong Khun

The White Temple, Wat Rong Khun

Long Neck Karen Tribe, Chiang Rai

Long Neck Karen Tribe, Chiang Rai

Long Neck Karen Tribe, Chiang Rai

Our Lunch, Curry Mee

On the Way To Golden Triangle 

Sempadan Laos 

Sempadan Laos