Monday, June 23, 2008

Kenduri Kahwin - Part 1

Hi there my friends..ok bersambung citer ke kenduri kahwin. Pada hari Jumaat majlis sepupu ku diadakan di Dewan Sivik MPPJ, pada keesokan hari nya iaitu hari Sabtu ada 3 jemputan kenduri kahwin jugak..kecian la pulak sepupu ku kena tinggal kat rumah, aku pulak kena keluar....tapi tak pe mak dan adik ku ada, lagipun mereka sekeluarga tidak bercadang untuk ke mana-2 cuma berehat aje di rumah ku.


so rumah kenduri pertama dekat je di USJ, sebenarnya mak ku yang suruh pergi menwakili mak ku memandangkan mak ku masih lagi dalam perintah berkurung. So kena la aku pergi,singgah sekejap jumpa kawan mak ku tu,makan dan minta diri dulu. aku terpaksa minta diri awal memandangkan ada 2 rumah lagi yang perlu di hadiri. Satu di Shah Alam dan satu lagi di Setia Wangsa KL.


so dari Subang ke Shah Alam pula,aku pun tak berapa familiar area Shah Alam ni. Dok tilik-tilik peta tu tapi cam tak tau je kat mane...so redah je cari rumah nya di mana. Dalam peta itu ada sign tunjuk ada Hotel Pearl Int'l tapi sampai sudah tak nampak pun batang hidung hotel tu. Pusing punya pusing akhirnya jumpa la jugak rumah kenduri ni....aku pun tengok la cari tak nampak pun Hotel yang dinyatakan dalam peta tu ...emmm jauh lagi la kot...


waktu aku sampai memang pengantin tengah bersanding di dalam rumah, so aku pun proceed la makan dulu. Lepas
makan ambil gambar dengan pengantin dan minta diri dulu, nak kena pergi ke KL pulak. alamat lambat la jugak
aku sampai ke rumah ketiga ini...rumah ketiga memang rakan sepejabat ku..kiranya aku memang rapat la jugak dengan dia...so bila dah jumpa mak dan ayah pengantin...off i go to KL...rumah ketiga di Setia Wangsa,Kampung Warisan....



rancak nyer borak..nak balik dah ke tu


makan jangan tak makan...



meja makan pengantin




kek tiga tingkat..