Wednesday, September 19, 2007

PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL 2007,LAKEFRONT PRECINCT 2




Pada 31th August 2007, merupakan cuti am semperna hari kemerdekaan Malaysia ke 50. Aku tidak ke mana cuma tengok tv saja sambutan hari merdeka pada tahun ini. Kalau nak ke dataran merdeka ramai orang dan penuh sesak. Jadi keesokan hari nya aku telah berkunjung ke PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL 2007, bertempat di LAKEFRONT PRECINCT 2. Pameran Flora ini bermula dari 25 August - 2 September 2007, waktu berkunjung dari 09.00 pagi - 10.00 malam.



So aku bertolak dari Subang Jaya ke Putrajaya lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Sampai saja di kawasan Masjid Putrajaya, fuyoooo panas nya cuaca hari ini. Tak pe lah aku pun mengambil keputusan untuk menjamu selera dahulu di Selera Court Putrajaya yang berhampiran tasik sementara menuggu cuaca redup sikit. Food court di sini memang menarik, bersebelahan dengan tasik Putajaya.

Sambil menjamu selera aku dapat menikmati permandangan tasik yang indah berserta permandangan Bangunan di sekeliling tasik.Emmm perut ku lapar jugak so aku pun order la mee goreng mamak, banyak lagi makanan lain yang ada tapi mee goreng mamak jugak yang aku makan hihihihi.

Selepas makan aku pun berjalan disekitar kawasan menghadap ke tasik. Lensa kamera ku pun merakam kan tempat - tempat menarik di sekitar tasik ini. Rasa macam camera man pun ada jugak, ambil gambar macam wartawan, pada hal aku baru nak memahir kan diri dengan penggunaan kamera yang baru aku miliki ini.


Ini la hobi dan minat baru ku, iaitu mengambil gambar tak kira la sama ada permandangan atau apa saja yang cantik untuk di rakam kan oleh lensa ku..first time beli aku rasa macam berat saja kamera ini, ialah sebelum ini cuma guna kamera digital yang kecil dan ringan saja. Bila dah beli kamera yang ada lensa ini terasa la berat tapi bila dah selalu guna tak lah rasa kekok.
Setelah mengambil gambar di sekitar kawasan tasik, aku pun beralih ke kedai SOUK iaitu lebih kurang macam bazaar jual barangan kraf tangan dan cenderamata buatan Malaysia. Jalan punya jalan ada la aku berkenan dengan gelang muatiara dari Sabah, so aku pun beli la lagi pun tauke kedai tu siap bagi diskaun lagi. Setelah berjalan2 di bazaar ini, aku pun beredar dari situ.


Cuaca pun dah redup so aku meneruskan ke destinasi ku seterus nya iaitu ke Pameran Flora yg diadakan di LAKEFRONT PRECINCT 2. Sampai di sana aku dapati banyak kenderaan dan pengunjung yg ke situ. Memang ramai betul pengunjung hari ni, maklum la Hari Sabtu so ramai la family yg berkunjung ke sini.

Tempat pameran nya memang luas dan banyak jugak gerai2 yang di buka di sini. Food court je ada lebih kurang 2 yang berada di berlainan tempat. Tempat pertama yang aku masuk adalah pameran INDOOR. hihihi pasal dalam ni ada air-cond sejuk le sikit. Tempat nya memang menarik, di sini diadakan pameran bunga yang di susun dan di reka mengikut kreativiti pereka nya. Ada interior design untuk ruang tamu, lukisan abstrak, dan apa saja perhiasan berkonsepkan bunga bungaan.


aku pun meneruskan perjalanan ke luar kawasan, disini la terdapat nya banyak pameran bunga orkid dan apa jua spesis bunga yang tak pernah aku lihat pun ada. Lensa ku asyik merakam kan keindahan bunga bunga yang terdapat di sini. Terpegun aku melihat keindahan bunga bungaan disini. Maklum lah aku memang minat dan suka bunga. Terutama nya bunga Ros adalah bunga kegemaran ku. Kebanyakan pameran di adakan di sekitar kawasan tasik, ada mini taman yg penuh di hiasi dengan bunga.



Setelah jauh berjalan, aku tidak sedar rupanya aku dah berjalan dan berada di kawasan pameran ini hampir 5 jam. Baru la terasa haus, tadi masa berjalan tak ingat pun maklum la cuaca pada hari itu memang panas terik. Aku pun mencari la gerai untuk berhenti minum, dan lensa ku tertarik dengan papan iklan ice blended make in Malaysia ini. Fuyoooo besar nya cawan setahun tak habis minum ini. Aku pun MASUK la dan order ice blended mocha make in Malaysia ini. Cuaca panas so minum ice blended memang sedap, tapi tak boleh la di bandingkan dgn Ice Blended Coffee Bean, memang jauh beza rasa nya.



So setelah berehat seketika sambil minum, aku meneruskan perjalananku ke destinasi seterusnya iaitu pameran bunga berkonsepkan hiasan taman. Setiap gerai di hiasi dengan tema yang berbeza. Cantik dan kreatif berserta dengan kolam ikan dan air pancuran di dalam kolam aku terasa seperti berada di taman yg sungguh indah. Siap ada buaian gantung di dlm taman ini macam dalam cerita fairy tale la pulak.
Ini la tempat terakhir yg aku kunjungi, tak sedar pun aku dah berada di situ terlalu lama. Jam dah menunjukan hampir pukul 7.00 mlm. Waktu untuk pulang setelah hampir beberapa jam berada di pameran flora ini. Kalau ikut kan hati aku masih mahu berada di sini, tak puas rasanya mengambil gambar bunga. Nak tunggu pertunjukan bunga api masih lama lagi , iaitu pada pukul 10.00 mlm. Tak larat rasa nya nak tunggu sampai mlm, So aku pun beredar dari situ . Kalau tahun hadapan pesta ini diadakan lagi aku pasti akan berkunjung ke sini lagi.