Friday, September 28, 2007
My Mum's Collection
Thursday, September 27, 2007
Yummy Yummy...Cakes Anyone...
Aku Mau...
Kuyakin pasti suatu saat
Aku mau mendampingi dirimu
Kau boleh jauhi diriku
Aku mau mendampingi dirimu
Wednesday, September 26, 2007
Pak Belalang Singgah Di Laman ku
Hari tu sewaktu ku pulang dari bazaar ramadhan,aku ada la tengok
dan amati garden depan rumah. Sedang asyik tengok bunga di taman
sekali aku ada ternampak, seekor anak belalang berada di atas
bunga ros yg kelopak nye hampir gugur..
apa lagi aku pun rush la masuk rumah ambil kamera ku sebelum pak
belalang tu hilang. bukan senang ooooo nak tengok ada belalang kat
taman bunga rumah aku ni. Nak cari rama-rama pun tak de. so apa
lagi aku pun dok la kat bunga ambil gambar belalang ni.
hihihi sebenar nya aku sendiri takut ngan belalang ni, tapi ada hati
nak ambil gambar macam la berani sangat. Bukan nyer apa aku geli
kalau belalang tu melompat nanti,alamat lintang pukang la aku lari
nanti. Nasib la belalang ni dok diam je masa aku tengah ambil
gambar. So sila la lihat gambar yek...
Friday, September 21, 2007
Lelaki Ini...
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…
Wednesday, September 19, 2007
PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL 2007,LAKEFRONT PRECINCT 2
So aku bertolak dari Subang Jaya ke Putrajaya lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Sampai saja di kawasan Masjid Putrajaya, fuyoooo panas nya cuaca hari ini. Tak pe lah aku pun mengambil keputusan untuk menjamu selera dahulu di Selera Court Putrajaya yang berhampiran tasik sementara menuggu cuaca redup sikit. Food court di sini memang menarik, bersebelahan dengan tasik Putajaya.
Selepas makan aku pun berjalan disekitar kawasan menghadap ke tasik. Lensa kamera ku pun merakam kan tempat - tempat menarik di sekitar tasik ini. Rasa macam camera man pun ada jugak, ambil gambar macam wartawan, pada hal aku baru nak memahir kan diri dengan penggunaan kamera yang baru aku miliki ini.
Ini la hobi dan minat baru ku, iaitu mengambil gambar tak kira la sama ada permandangan atau apa saja yang cantik untuk di rakam kan oleh lensa ku..first time beli aku rasa macam berat saja kamera ini, ialah sebelum ini cuma guna kamera digital yang kecil dan ringan saja. Bila dah beli kamera yang ada lensa ini terasa la berat tapi bila dah selalu guna tak lah rasa kekok.
Setelah mengambil gambar di sekitar kawasan tasik, aku pun beralih ke kedai SOUK iaitu lebih kurang macam bazaar jual barangan kraf tangan dan cenderamata buatan Malaysia. Jalan punya jalan ada la aku berkenan dengan gelang muatiara dari Sabah, so aku pun beli la lagi pun tauke kedai tu siap bagi diskaun lagi. Setelah berjalan2 di bazaar ini, aku pun beredar dari situ.
Tempat pameran nya memang luas dan banyak jugak gerai2 yang di buka di sini. Food court je ada lebih kurang 2 yang berada di berlainan tempat. Tempat pertama yang aku masuk adalah pameran INDOOR. hihihi pasal dalam ni ada air-cond sejuk le sikit. Tempat nya memang menarik, di sini diadakan pameran bunga yang di susun dan di reka mengikut kreativiti pereka nya. Ada interior design untuk ruang tamu, lukisan abstrak, dan apa saja perhiasan berkonsepkan bunga bungaan.
Setelah jauh berjalan, aku tidak sedar rupanya aku dah berjalan dan berada di kawasan pameran ini hampir 5 jam. Baru la terasa haus, tadi masa berjalan tak ingat pun maklum la cuaca pada hari itu memang panas terik. Aku pun mencari la gerai untuk berhenti minum, dan lensa ku tertarik dengan papan iklan ice blended make in Malaysia ini. Fuyoooo besar nya cawan setahun tak habis minum ini. Aku pun MASUK la dan order ice blended mocha make in Malaysia ini. Cuaca panas so minum ice blended memang sedap, tapi tak boleh la di bandingkan dgn Ice Blended Coffee Bean, memang jauh beza rasa nya.
So setelah berehat seketika sambil minum, aku meneruskan perjalananku ke destinasi seterusnya iaitu pameran bunga berkonsepkan hiasan taman. Setiap gerai di hiasi dengan tema yang berbeza. Cantik dan kreatif berserta dengan kolam ikan dan air pancuran di dalam kolam aku terasa seperti berada di taman yg sungguh indah. Siap ada buaian gantung di dlm taman ini macam dalam cerita fairy tale la pulak.