raya pertama kami beraya ke rumah mak cik ku yang terletak di Bangi..pada hari raya kedua nya kami balik kampung, iaitu kampung arwah abah yang terletak di Ipoh,Perak. walau pun abah telah tiada hubungan saudara dan keluarga harus di rapat kan..jangan sampai terputus...
rumah pertama kami semua ke Malim Nawar iaitu rumah mak ngah. Kebetulan pula sepupu ku ada buat kenduri makan sikit semperna baru pindah ke rumah baru yang terletak berhampiran rumah mak ngah ( berhadapan rumah mak ngah je ) Kami sekeluarga tak tahu pun yang ada buat kenduri ni, so bila sampai sana ramai la pulak saudara mara...rupa nya semua ada kat sini...
ramai la jugak yang datang, jiran keliling kampung, saudara mara dan sahabat. kami pun menjamu selera, sedap jugak semua nyer...kat kampung lemang bakar sendiri je..kalau kat KL ni nak beli lemang sebatang sekarang RM10 itu yang saiz kecil kalau saiz besar sikit dalam RM12 - RM15 ...aku nampak lemang itu la yg aku makan dulu...seday nya...lembut lak tu...raya pertama tu ada la beli lemang tapi tak berapa lembut..ni lemang buat sendiri lembut dan sodap....hihihi aku memang pantang nampak lemang mesti makan punya la...
lepas dah makan dan duduk tu...aku pun keluar kan camera dan keluar sekejap untuk ambil gambar rumah mak ngah..rumah kampung...menarik utk di jadi kan koleksi.....hihihi habis ambil gambar kat luar kembali semula ke dalam rumah. Aku ambil gambar mak ngah, hihihi pandai mak ngah posing...nampak klasik la pulak....sebelum balik kami sekeluarga bergambar di luar rumah. At least ada la jugak gambar kenangan.
selepas tu kami berangkat dan menuju ke rumah Pak Lang pula yang terletak di Simpang Pulai.Wah meriah sungguh rumah Pak Lang selalu nya kalau aku balik Ipoh ni sepupu-2 ku tak de, tapi kali ni 2 dari sepupu ku ada. Dan termasuk la anak-anak sepupu ku jadi ramai la kat rumah Pak Lang. Selepas aje beraya di rumah Pak Lang kami ke Ipoh dan check in di Heritage dan berehat.Pada sebelah malam nya pula kami beraya pula ke rumah WAK yang terletak di Sunway City Tambun...
Anak Wak semua seramai 12 orang, so sepupu-2 ku pun 12 orang la...memang ramai dan meriah..sampai kadang-kadang aku pun tak cam semua nya....confuse pun ada....hihihihi jangan mare ONI...masa sampai di rumah WAK..ramai cucu-2 WAK ada..budak-budak ni tengah berkaraoke....menyanyi lagu apa ek..biasa la budak-2 asal boleh je...hihihihi tapi aku geram tengok anak sepupuku MIN..comel betul..aku panggil dia handsome boy...mata bulat..lama jugak kami di rumah WAK..dalam pukul 11.00 mlm kami balik dan berehat di Heritage.itula serba sedikit cerita ku balik ke Kampung tahun ini...until then i'm signing off here..CuteDuck75
Rumah Mak Ngah Di Malim Nawar, Ipoh