Showing posts with label My Activity. Show all posts
Showing posts with label My Activity. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Happy Deepavali

Happy Deepavali to our my Indian friends....on the Public Holiday no where to go just wandering around the Shopping complex and admire the Deepavali decoration...full of colours and flowers...of course my favourite decoration is all kinds of flowers especially roses... Deepavali is always full of colours and flowers...really admire the beauty of the decoration...




















Happy Deepavali To All My Indian Friends







Sunday, May 29, 2011

Dari Bagan Lalang Ke Muara Ikan Bakar

Setelah sekian lama aku meninggalkan blog ku ini...aku tetiba terasa macam nak berblogging kembali...banyak aktiviti yang dah lama aku tak update....so on my Birthday aku telah berkunjung ke Bagan Lalang. Saja rasa nak pergi ke pantai...dah lama tak ke pantai...tak ada planning pun terus pergi aje...setelah berjalan2 di pantai dari morib aku ke Muara pula ...makan malam di sana....Muara pun aku dah lama tak pergi...makanan nya ok la..nasi lemak memang sedap...kalau nak order, pilih ikan dan masak ikut selera...ikan bakar aku tak rekomen la coz tak berapa sedap...kalau nak sedap pergi Umbai, Melaka....so nanti aku sambung lagi coretan ku ini..



































Thursday, March 24, 2011

From KL To Kuantan - Work On Duty

HI there it's been a while since i update my blog...pada 9 February 2011, atas urusan dan panggilan kerja aku telah berangkat dan terbang ke Kuantan.Fuh flight pagi tu...so pagi2 buta la aku dah muncul dan terpacak di KL Sentral, pada pukul 6.30 pagi. Pukul 7.00 pagi last check in beg. flight ke Kuantan cuma ada 2 sama ada pagi atau petang. Sampai Kuantan kira awal la jugak. Singgah sebentar di Regional Office, dan kami terus berangkat ke Kemaman. Singgah makan tengahari di Kedai Aziz Satar...apa lagi of course dia orang ni order keropok lekor,ketupat palas,Satar, yang memang dah siap hidang atas meja. Aku cuba Mee Hoon Calong...bezanya Mee Hoon Sop yang di letak Bebola Ikan...ok la rasa macam Mee Hoon Sop...
sempat juga kami singgah area Cherating..beli ole-ole...teruskan perjalanan pulang ke Kuantan dan Check In HOtel.....pada keesokan pagi nya work on duty to Regional Network Operation,Tanah Putih. Everything went on smoothly...my next destination work on duty would be Sabah and Sarawak..coming soon..


Thursday, January 6, 2011

My Activity...

Hi ...there me again...last month christmas, kalau jalan-jalan ke shopping complex decoration memang meriah.Aku suka juga tengok decoration Christmas ni...kebetulan hari tu aku pergi ke Damansara, decoration di shopping complex seperti berada di wonderland...so cute....and colourful...actually aku nak pergi tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah...sekali ticket sold out pulak...ada apa dengan cerita hantu kak Limah ni? di sebabkan cerita nya meletup aku pun nak pergi tengok ..tapi dah sold out...so end up tengok cerita Gulliver's Travel...ok jugak ceritanya memang kelakar....not bad recommended to be watch and bring along your family....that's all for now












Wednesday, January 5, 2011

From KL To JB - Work On Duty

Hello everyone...Happy New Year...sudah berkurun lamanya blog ku ini tidak di update kan...buka je dah banyak dinosaur keluar dari blog ku...wah lama betul...padahal banyak activity aku involve but don't have the time i guess....okay last month atas urusan kerja aku telah menjejak kan kaki ke Johor Bahru...rasanya dah lama betul aku tak turun ke JB. Makcik ku sebelah mak masih lagi menetap di JB. Memandangkan pergi naik flight so tak sempat la aku nak singgah ke rumah makcik ku.

Seperti biasa sambil menyelam minum air, aku sempat berkunjung ke restaurant Mee Rebus Tulang di JB...first time makan mee rebus tulang...memang sedap...dan unik...mee rebus di hidangkan bersama tulang gearbox...rakan sepejabat ku sedap je hirup tulang sum sum tu pakai straw...ERK..but not me...member siap suh cuba, "tak pe tak pe.." terima kasih aje la...rasa macam sedut lemak jek...tapi daging nya lembut...next diaorg order jugak kerang bakar...di JB kerang bakar lain skit ...di masak dengan cili dah jadi macam kerang masak sambal jadi nya..not bad quite nice...lain skit dari KL nyer kerang bakar...

sebelum makan boss ku siap cakap nak tapaw murtabak la...tapi lepas makan tak jadi kenyang la pulak..so lepas makan terus balik ke hotel..keesokan hari nya kami perlu berada di regional office jln Kempas. From 9.30 am sampaila ke pukul 2.30 petang...flight return lebih kurang pukul 6.40 pm...JB ni boleh tahan la jugak jem nya ..macam lagi teruk dari KL pun ada...so everything went on smoothly....my next destination would be Eastern tapi masih dalam perancangan lagi...




mee rebus tulang @ Restaurant ZZ Sup Tulang





Southern Regional Office

Thursday, September 16, 2010

Raya Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...Hari Raya pertama aku masih lagi berada di KL. Maklumla dah tak ada kampung, atuk dan opah pun dah tak ada lagi, so makin jarang la balik ke kampung. Hari pertama Raya, keluarga sebelah ibuku telah berkumpul di rumah makcik ku yang terletak di Bangi.Makcik2 dan pakcik ku semua nya berkumpul di sana.Bila dah semua keluarga berkumpul suasana pun jadi meriah. Kami semua cuba hiburkan sepupu ku Hakim...tak nak la dia rasa sedih..Hakim telah di sahkan mengidap penyakit leukimia pada bulan puasa...dia masih lagi dalam rawatan di HUKM. Dah go thru KIMO untuk 2 kali. Alhamdulilah nampaknya dia beransur pulih walaupun kaki nya masih tak berapa kuat untuk berjalan. Doctor bagi pelepasan 3 hari untuk pulang ke rumah sebelum di masukan ke WAD semula. Semua ahli keluarga sedih dan berharap Hakim akan sembuh. Dia seorang yang cekal untuk menlawan sakit yang di hadapi nya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,Hakim,Makcik Ku, Pakcik Ku...lebih berasa sedih...semoga tabah menghadapi dugaan ini.....kami semua mendoakan semoga Hakim cepat sembuh..berilah dia peluang untuk meneruskan hidup ini...umur nya masih muda...sembuhkan la sakit nya...semoga Hakim kuat dan tabah..AMIN...

makcik ku sempat menjual tudung..macam2 tudung ada


Masakan yang menjadi kepakaran pakcik ku Kueh Teow Kung Fu

Asam laksa pun ada...

Sepupuku yang berada di New Zealand tak dapat bersama utk menyambut Raya..video call utk tatapan nya

Meet my cousins....

Meet MY Cousins dari kecil sampai yang besar..


MY Big Family...


Semua ceria dan happy go luckly....


Bergambar bersama Hakim, Baju Hitam duduk..semoga Hakim cepat sembuh ye..kami semua doakan..

Sunday, June 27, 2010

Trip Ke Bandung, Day 1 - Part 1

Date : 12/02/2009, Thursday
Trip : Bandung,Indonesia
Flight : Air Asia From LCCT To Bandung

Hari Pertama :

Bermula la pengembaraan ku bersama rakan-rakan sepejabat ku. Dari semalam lagi aku telah bersiap sedia dan mengemas barang keperluan ku.Berbekal kan hanya satu beg pack sederhana besar, itu pun beg laptop sebenarnya. Aku cuma bawa seluar jeans ku, baju tido sehelai, t-shirt 3 helai,pencuci muka dan berus gigi.Pack ala cowboy saje..maklum la rakan2 sepejabat ku kata, nanti bila sampai di Bandung, baju dan keperluan yg lain beli di sana saja. Aku dgn yakin nya mengikut rancangan mereka,kalau la sana tak ada barang2 keperluan itu..jawabnye sehelai sepinggang la aku...Misi dan tujuan rakan2 ku adalah untuk bershopping semata-mata.


Tapi tidak pula bagi aku, aku lebih suka mengambil gambar dan melihat tempat orang. Jauh perjalanan luas permandangan, itu la kata-2 pujangga. Bukan la aku tak shopping langsung, rugi la kan kalau ke Bandung tapi tak shopping, cuma aku lebih gemar mengambil gambar. Seawal pukul 5 pagi aku telah bangun dan bersiap sedia.Flight ku di jadualkan berlepas pada pukul 9.50 pagi. Tapi aku perlu berada di LCCT lebih kurang pukul 7.30 pagi. Pagi2 buta aku telah bergerak lebih kurang pukul 6.30 pagi.Sarapan pun tak sempat beb, memandangkan aku mengejar masa takut tertinggal flight. Aku sampai di LCCT lebih kurang pukul 7.45 pagi.




Turun saja dari kereta aku segera mencari rakan-rakan ku yang lain. Rupanya cuma aku dan sahabat ku Hajar saja yang belum sampai, yg lain semua dah ada.Dengan segera kami semua melaporkan diri and check IN. Passport berkumpulan so semua orang mesti ada sebelum kami dapat masuk ke dalam di ruang menunggu. Aku sempat singgah di Farmasi dan beli air kotak serta roti bun untuk mengalas perut.




Kami terus menuju ke Inter Terminal Bus Shuttle Gate, di mana di situ tempat menunggu ketibaan flight. Sementara menunggu kami berborak2 sesama sendiri untuk menghilangkan bosan. Tiba-tiba, kami dapat satu pengumuman dari pihak Air Asia, flight yang sepatutnya berlepas ke Bandung pada pukul 9.50 am, "DELAY"! Aduh...delay ke? Dengan perasaan hampa terpaksa la tunggu sehingga la di beritahu kelak.


Jam telah pun menunjukan pukul 11.25 pagi, aku masih lagi di sini di tanah airku Malaysia. Aku toleh di sebelah ku Kak Yati telah pun terlelap dengan lena nya.Rakan-2 ku yang lain sibuk berborak, sementara aku sibuk dengan catatan buku nota ku yang kecil ini. Segala peristiwa dan perjalanan ku ke Bandung akan ku tulis dalam nota buku kecil ku.Aku dapat rasakan badan ku semakin penat dan letih, perut pulak dah lapar dan telah berbunyi untuk minta di isi makanan. Tadi cuma di isi dengan roti saje. Begitu letih sekali menunggu.Betul la kata pepatah, penantian itu suatu penyeksaan...



Akhirnya pada pukul 1.00 tengahari baru la flight kami tiba, apa lagi masing-masing gembira dapat berlepas ke Bandung.Macam kambing baru terlepas dari kandang, kami pun menyerbu ke flight. Setelah duduk di tempat masing-masing, sempat lagi kami berposing ambil gambar. Perut dah lapar, dengan harapan aku nak beli la makanan yang ada dalam flight ni, tapi hampa bila pramugari itu kata makanan semua dah habis yg tinggal hanya air kotak saja. Terpaksa la aku beli air kotak "MILO".




Perut ku dah terasa amat pedih sekali tapi ku tahan jugak, nak buat macam mana semua penumpang pun kelaparan dan keletihan akibat menunggu lama. Dan yang lebih tragis nya tempat duduk ku adalah yang paling akhir dan belakang, so bila sampai belakang saje makanan sudah habis.


Selepas minum aku melelapkan mata, kerna keletihan. Sedar-2 rakan ku telah mengejut kan aku dan itu menandakan kita semua akan sampai ke Bandung. Yehaaaaa....Kami sampai di Bandung pada pukul 2.00 petang, waktu Malaysia pukul 3.00 petang.Landing time...masing-masing terasa excited pulak, hilang rasa lapar.....



Tempat menunggu ketibaan Flight Kami, macam kandang kambing kan

Zelina tunggu Flight tak sampai-sampai,tertido dengan lena nya


Muka tersengih happy bila flight dah sampai...Hooorayy..Bandung here i come

Bergerak menuju ke Flight setelah lama menunggu...


Sempat ambil gambar dalam Flight...


Pemandangan Bandar Bandung Dari Dalam Flight...masa ni belum landing lagi

Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung....Landing Time...

Baru Keluar dari Flight, masing-masing dah sibuk keluarkan Map pulak..


Baru menjejak kan kaki di Airport Bandung, setelah turun dari Flight.

Bergambar di luar Airport Bandung, setelah selesai semua urusan di Airport


Kak Mona tersenyum lebar setelah kami semua selamat sampai ke Bandung....Dari Airport menuju ke Kereta Agent yang mengambil kami untuk Check IN ke hotel

Tuesday, March 3, 2009

Admitted Due To Denggi

Today during lunch hour i visited my officemate who was admitted to tawakal Medical Centre due to Denggi...the 5 of us went to him today.....so far 4 bottle of Sodium chloride dah di masukan ...dia pun dah beransur baik..cuma kadang-kadang masih lagi rasa kepala macam pening..maybe due to the drip of Sodium Chloride...mengikut petua orang tua..kena banyak makan sup ketam untuk mencairkan balik darah yang beku di sebabkan denggi...itu aku tak tahu la kesahihan nya coz i'm not the doctor or specialist...kita cuma berusaha tuhan yang menentukan ...Selepas aje melawat kami semua beransur dan pergi makan lunch..Tetiba la pulak si Eric ni tengok sop ketam tu dia kata sedap la..jom kita cari lauk ketam...tapi Eric hampa...restaurant yang kami singgah tu tak ada lauk ketam...maybe next time la...Eric...we' ll find a restaurant got Ketam sop one..ok lar

ni la air yang di masukan dalam badan ..


Having his lunch...home made..dia tak nak makan lauk hospital

From Left Ucin,Eric and Helmy..berlakon je ni muka serious ..hihihi


the hospital lunch



sop ketam..