Friday, October 10, 2008

Balik Kampung Raya Kedua

ni la dia "Handsome Boy" ala chomey aaarrr...mata bulat


Halluuuu it's been quite some time since i last update my blog...dah lama betul blog ini tidak di update kan...rasa-rasa nya dah banyak dinousor keluar dari blog ku ini..maklum la dah lama di tinggalkan sejak bulan puasa..Raya tahun ini merupakan pertama kali beraya tanpa Abah di sisi...perasaan sedih menyelubungi kami sekeluarga..raya pertama selepas saje sembahyang raya..kami melawat dan menziarah kubur abah...perasaan sedih dan pilu memang terasa bila menziarah kubur abah..selalu abah ada tapi tahun ni abah tak de... persiapan pun ala kadar saja...terasa kehilangan abah begitu kuat sekali...sungguh cepat masa berlalu tanpa sedari abah telah tiada...allah lebih menyayangi nya...


raya pertama kami beraya ke rumah mak cik ku yang terletak di Bangi..pada hari raya kedua nya kami balik kampung, iaitu kampung arwah abah yang terletak di Ipoh,Perak. walau pun abah telah tiada hubungan saudara dan keluarga harus di rapat kan..jangan sampai terputus...



rumah pertama kami semua ke Malim Nawar iaitu rumah mak ngah. Kebetulan pula sepupu ku ada buat kenduri makan sikit semperna baru pindah ke rumah baru yang terletak berhampiran rumah mak ngah ( berhadapan rumah mak ngah je ) Kami sekeluarga tak tahu pun yang ada buat kenduri ni, so bila sampai sana ramai la pulak saudara mara...rupa nya semua ada kat sini...



ramai la jugak yang datang, jiran keliling kampung, saudara mara dan sahabat. kami pun menjamu selera, sedap jugak semua nyer...kat kampung lemang bakar sendiri je..kalau kat KL ni nak beli lemang sebatang sekarang RM10 itu yang saiz kecil kalau saiz besar sikit dalam RM12 - RM15 ...aku nampak lemang itu la yg aku makan dulu...seday nya...lembut lak tu...raya pertama tu ada la beli lemang tapi tak berapa lembut..ni lemang buat sendiri lembut dan sodap....hihihi aku memang pantang nampak lemang mesti makan punya la...



lepas dah makan dan duduk tu...aku pun keluar kan camera dan keluar sekejap untuk ambil gambar rumah mak ngah..rumah kampung...menarik utk di jadi kan koleksi.....hihihi habis ambil gambar kat luar kembali semula ke dalam rumah. Aku ambil gambar mak ngah, hihihi pandai mak ngah posing...nampak klasik la pulak....sebelum balik kami sekeluarga bergambar di luar rumah. At least ada la jugak gambar kenangan.



selepas tu kami berangkat dan menuju ke rumah Pak Lang pula yang terletak di Simpang Pulai.Wah meriah sungguh rumah Pak Lang selalu nya kalau aku balik Ipoh ni sepupu-2 ku tak de, tapi kali ni 2 dari sepupu ku ada. Dan termasuk la anak-anak sepupu ku jadi ramai la kat rumah Pak Lang. Selepas aje beraya di rumah Pak Lang kami ke Ipoh dan check in di Heritage dan berehat.Pada sebelah malam nya pula kami beraya pula ke rumah WAK yang terletak di Sunway City Tambun...


Anak Wak semua seramai 12 orang, so sepupu-2 ku pun 12 orang la...memang ramai dan meriah..sampai kadang-kadang aku pun tak cam semua nya....confuse pun ada....hihihihi jangan mare ONI...masa sampai di rumah WAK..ramai cucu-2 WAK ada..budak-budak ni tengah berkaraoke....menyanyi lagu apa ek..biasa la budak-2 asal boleh je...hihihihi tapi aku geram tengok anak sepupuku MIN..comel betul..aku panggil dia handsome boy...mata bulat..lama jugak kami di rumah WAK..dalam pukul 11.00 mlm kami balik dan berehat di Heritage.itula serba sedikit cerita ku balik ke Kampung tahun ini...until then i'm signing off here..CuteDuck75



Rumah Mak Ngah Di Malim Nawar, Ipoh






Mak Ngah..Ku di rumah baru...






sporting la Mak Ngah posing..








Rumah baru sepupuku Amirnuddin..









Family Ku dan Family Mak Ngah







hahahah cendawan ni ada pulak tumbuh kat kayu...ni...memang jadi mangsa lensa ku









Pak Ngah...semasa snap gambar ni Pak Ngah baru bangun tido..








rumah mak ngah dari tepi






Adik Ku Wan..busy sms nampak..tak sedar kena ambil gambar






Rumah Pak Lang...Family ku dan Family Pak Lang






Ni WAK...







hihihi WAK main musik..

Thursday, September 4, 2008

RAMADHA BUFFET AT Shrimpz Ethic Thai











Launched by Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad & Y.A.Bhg Tun Dr. Siti Hasmah,13th August 2008


Hot and Spicy Tom Yam...superb...



Hi All..Just wanted to inform you guys out there that this Ramadhan month,Shrimpz will be serving a variety of thai&malay cuisine to wet you appetite.At RM40 per adult and RM20 per child you can enjoy 33 main dishes which also includes a choice of bbq item,plus yummy dessert(s)To know more do go to Shrimpz and be spoilt by choices. For our muslim patrons there is a prayer room on level 1.



i have my dinner with my family at Shrimpz and the food are superb and marvelous...very delicious indeed...i recommend you all to try the food here.....it's really delicious and superb..if you like the tradisional stail of Thai Menu..you should come to Shrimpz and try the food...the food here is marvelous....


Launched by Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad & Y.A.Bhg Tun Dr. Siti Hasmah, on 13th August 2008






SHRIMPZ ETHNIC THAI MAP


variety Fruits...



Dessert











ME and Family Dinner at Shrimpz


Crispy Duck Manggo....very nice and delicious



Crispy Duck Manggo...


famous Tradisional Thai appetizer ...superb..delicious...















Tuesday, September 2, 2008

Andainya Kau Tahu.......

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan, saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.