Monday, January 14, 2008

AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6





Akademi Fantasia memberikan "kejutan" pertama dengan mengumumkan bahawa penyertaan kini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 45 tahun. Melalui perubahan elemen ini, kami ingin menggalakkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai Akademi Fantasia kerana "bakat tidak mengenal usia". Aisehhh... naper samapi 45 jer, nape tak buat sampai umur 75.. bleh tengok mak, pak, datuk nenek orang terkinja-kinja menari mengangkang buat tarian menuju puncak tu...huhuhuhuhu...

Kejutan kedua pula ialah Pengetua Akademi Fantasia 2, Ramli MS kembali menerajui kerusi panas tersebut untuk musim keenam. Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Ramli MS ? Setelah memberikan pendidikan yang masih lagi diingati sehingga kini, tahap profesionalisme Akademi Fantasia bakal diuji dan dinilai penonton sekali lagi di bawah kepimpinan beliau.
Beliau akan mengikuti sesi ujibakat untuk melihat sendiri bakat yang masih ada di seluruh Malaysia. Menariknya di musim ini beliau turut berpeluang untuk memilih sendiri tenaga akademik yang akan bekerjasama dengannya apabila proses pengajian bermula.
Pastinya spekulasi barisan tenaga pengajar akan bermula tidak lama lagi untuk melihat siapakah tulang belakang Ramli MS yang layak untuk bergandingan dengannya.
Senarai Tarikh & Lokasi Ujibakat12 & 13 JanuariASTRO Bukit Jalil

17 - 20 JanuariKompleks Asia City, Kota Kinabalu
17 - 20 JanuariCrowne Plaze Riverside, Kuching
26 - 27 JanuariGurney Hotel, Penang
26 - 27 JanuariKompleks Mawar, Johor Bahru
2 & 3 FebruariASTRO Bukit Jalil

Senarai Lagu Ujibakat
Peserta Wanita
Persis Mutiara - Mila AF5
Rindu Merindu - Fauziah Idris
Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil
Ya Atau Tidak - Erra Fazira
Salam Untuk Kekasih - Nadia
Setiaku Korbankan - Fauziah Latiff
Unfaithful - Rihanna
Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak
Pastikan - Siti Nurhaliza

Peserta Lelaki
Langit Biru - Mawi
Fantasia Bulan Madu - Amy Search
Kasihnya Laila - Jinbara
Joget Angan Tak Sudah - Jay Jay
It's Gonna Be Me - NSync
Izinku Pergi - Kaer
La Camisa Negra - Juanes
Kisah Kau Dan Aku - Alleycats
Ku Juga Mencintamu - Saiful
Azura - Jamal Abdillah

MENCARI SHARLINIE



Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Suatu Petang di Taman Permainan, Saturday 12th January 2008

Pada hari Sabtu lepas bersamaan 12th January 2008 aku bersama adik bongsu ku telah pergi ke Taman Rekreasi di kawasan perumahan kami.Tersebut la al-kisah bila keboringan melanda pada ku..aku pun apa lagi ambil la lensa ku dan ajak adik ku untuk ke Taman permainan dan ambil gambar.
Seperti Uda & Dara, begitulah aku dan lensa ku macam tak boleh di pisah kan aje. Kalau tak ke mana - mana aku akan ambil gambar bunga di taman rumah ku...
So sepanjang perjalanan ke padang yang terletak berhampiran rumah ku, kami ada la terjumpa cendawan yang tumbuh di kayu yang hampir mati. Bukan senang nak jumpa cendawan kat kawasan perumahan ni, so aku pun dapat kan la snap shot nya...

Pada petang tu tidak ramai pengujung ke padang, mungkin cuaca agak mendung macam nak hujan tapi tak hujan tapi aku redah jugak pergi. Adik ku la yang jadi mangsa untuk mengikuti ku ambil gambar.sempat lagi masing-masing posing dok kat taman permainan ni.Sementara mengambil angin petang ni, aku berjalan-2 dan ambil a few snapshot. Tengah la dok ambil gambar sekali hujan pulak turun, nasib baik la renyai-renyai so aku pun pulang semula ke rumah.

hihihi aku dok lepak di gelongsor hijau la pulak


kereta gen2 warna pink...itu pasal la ambil snapshot ni..pasal warna pink?



tu sampah pun jadik la..nampak unik sekali pandang macam pokok kayu




ini la dia cendawan yang tumbuh di kayu reput..aku suka snapshot ini..



adik ku Bazla posing...


pokok unit yang di tanam oleh jiran ku..i love the colour... very bright



posing time...


aik ni gayut ke berlakon je tu?

i wonder where is the owner?



nak buat longkang kot ni...tak tau la gali jangan tak gali..



ku lihat hijau...


daun kering berguguran di taman ini...



Bazla lepaking..


right here waiting for you.....huk huk huk


budak-budak main bola sepak dalam court tertutup...




tempat duduk di taman untuk berehat,berhampiran court badminton


the "see-saw"



pondok berehat..


aktiviti main bola..hihihih diaorg ni tak tau aku tengah ambil gambar


alat permainan kanak-kanak...nak join ke?






















Friday, January 11, 2008

From Penang To Cameron Highland Trip - Day 3

Makan malam sebelum kami bertolak ke pasar malam

Pagi ini aku bangun awal sikit. Semalam tido tak sedar pun, penat sangat. Rupanya adik ku Wan tak boleh nak tido sangat semalam, dia sejuk so dia terus tutup switch air-con. Pagi ni giliran kami berempat breakfast at Hotel Cafe. So pagi-2 dah bangun bersiap dan tunggu mak ku untuk pergi bersarapan. Menu buffet, banyak jugak makanan yang di hidang kan. Aku seperti biasa kalau buffet breakfast, mesti aku ambil omelette, cereal conflakes, bake bean & bread.Coz breakfast aku tak makan yg heavy nanti mesti nak cari toilet.Selepas breakfast naik semula ke bilik dan start packing beg untuk check-out tengahari nanti.


berbagai bentuk bantal di jual, bentuk strawberry pun ada..
Bilik kami la yang last sekali pack dan bersiap, mak dan ayahku dah siap berkemas terus ke bilik ku. Memandangkan cuti ku masih panjang, masih boleh lagi stay untuk satu malam. Ayah ku tak puas bercuti sebenarnye, sepanjang cuti di Penang ni kaki nya sakit kena gout. So nak jalan pun tak larat, dan kaki bengkak. Lebih banyak duduk je, kita orang ni aje yang banyak berjalan. So adalah cadangan di utarakan untuk pergi ke Cameron Highlang pula. Ikut kan hari ini sebelum balik nak pergi pulau Jerejak, tapi tak jadi la nampak gaya nya. So aku pun start call semua hotel di Cameron Highland kalau-kalau masih ada lagi bilik yang kosong, memandangkan hari Ahad selalumya hotel penuh dan cuti sekolah pulak tu.

ni la dia strawberry celup coklat yang di jual di pasar malam Cameron ni...
Semua hotel aku call cuba luck, kot-kot ada kosong. At last ada 2 bilik kosong untuk satu malam.So aku terus booking untuk malam tu, dan aku inform confirm booking aku on the way nak ke Cameron, kalau lambat sampai takut nanti bilik tu open untuk public pula. So semua pack dan check-out.


me at the strawberry pillow stall
Dari Penang perjalanan diteruskan menuju ke Cameron Highland. Cuma berhenti sekejap di R N R Kuala Kangsar untuk ke toilet dan tapau sedikit makanan. Takut nanti sampai Cameron waktu malam susah jugak memandangkan jalan nak naik ke Cameron gelap tak ada langsung lampu jalan. So perjalanan di teruskan dan kami selamat tiba di Cameron Highland lebih kurang pukul 6.30 petang. Check-in berehat, dan pada sebelah malam nya kami pergi ke pasar malam Cameron pula.


hand phone accessories...semua nyer ada bentuk strawberry..


Ramai betul pengujung yang datang ke Cameron ni. Aku memang suka ke pasar malam cameron, barang-barang dan makanan yang di jual murah aje berbanding dengan harga di KL. Sayur di jual semua nya fresh. Ada jugak di jual berbagai jenis bunga, strawberry, madu lebah dan jugak gerai accessories dan cenderahati berbentuk strawberry. Dan makanan yang popular di jual di pasar malam ini adalah "Cendawan Goreng".Aku pun tak melepaskan peluang beli cendawan goreng. Pada malam tu cuaca agak sejuk jugak di Cameron ni.


ni nama nya buah "CINTA" tak tahu la kenapa orang Cameron panggil buah Cinta?

bagi adik ku Wan ini merupakan kali pertama dia ke Cameron, selalu nyer kalau kami sekeluarga pergi dia tak dapat ikut susah nak ambil cuti kerja. So dia excited dan macam tak puas pulak satu malam aje di Cameron Highland. Bagi aku pulak dah selalu pergi, rasanya tiap-tiap tahun pergi Cameron.Mak dan ayah ku jugk suka berkujung ke Cameron ni cuaca di sini sejuk dan nyaman. Tak la sibuk macam di KL.




aku dan adik ku Bazla di pasar malam
Pasar malam pun dah hampir tutup. dah pukul 10.00 lebih. So kami pun balik semula ke Hotel dan berehat. Keesokan hari nya dan sambung berjalan lagi. Wan ni first time datang so bila sampai di hotel petang tadi dia tanya " kat hotel ni tak ada kipas ke?" aku gelak je la bila dia tanya macam tu...dia tak tahu malam nanti sejuk macam mana, tak yah kipas pun sejuk nyer boleh tahan la.... Aku kata la aah tengok la malam nanti siapa yang minta kipas tu sejuk ke tak. Dia pun masuk la toilet pulak, sekali aku dengar asyik ckp eeee...eeee....eeeee...hihihihi tau pun sejuk, air paip tu macam air ais je bila cuci muka. Lagi mau tanya kipas malam nanti.




adik ku Wan di pasar malam cameron

so zzzzzzzz...aku nak lelap kan mata..penat daaaa seharian berjalan....esok sambung lagi pergi jalan-jalan....


apam balik satu...ada sesiapa yg nak order?



ni la gerai berbagai jenis bebola goreng dan cendawan goreng



jagung bakar satu kak?



selamat jalan Penang..menlintasi Jambatan Pulau Pinang ....



aku dan adik adik ku..nana dan bazla di lobby hotel nak check out hari ini













Monday, January 7, 2008

PAMERAN KHAZANAH ALAM NYATA & TORTURA

jam antik..
tempat pasang lilin upacara senbahyang bukan islam




Ini adalah antara gambar-gambar yang telah aku ambil di Pameran Khazanah Alam Nyata & Tortura bertempat di Tapak Expo Pulau Pinang,pada 29 November - 31 December 2007..rasa macam tertipu je bila pergi pameran ni, tah apa - apa tah...tapi dah masuk pun so tengok je apa yang di pamerkan...rasa macam kelakar, seram pun ada jugak...tetiba ada la pulak jenglot dan langsuir???...entah la aku tak tahu la sejauh mana betul nyer ...layan je la..mari kite tengok....


alat tarik leher


ni koleksi kayu menjadi batu, usia kira-kira 1000 tahun...ya ke?





alat potong kepala






buah kokat berasal dari Timur Tengah







hukuman pancung kepala






tali sebat bebola negara barat?






poster Pameran





adik ku posing ngan zombie pakai baju la pulak...





adik ku posing ngan tengkorak








this is my geng?




alat sebat 3 bintang






panglima mustar kot ni???






demo patung kena hukuman gantung






ni kenapa la pulak tercekik ni?? eh adik ku rupanya








alat potong leher






tongkat ali terbesar di pamerkan,masuk dalam guiness world of record





batu ajaib...





kayu bentuk manusia...pelik nyer?






ikan shidat ini di bawa dari negara jiran untuk tontonan umum,ikan ini di jumpai sewaktu tsunami melanda kawasan Asia Tenggara





tulang dinasour..




tulang dinasour





jenglot dan langsuir?





jenglot dan langsuir?





welcome my friend, ur my geng....






ini pulak ikan duyung? entah la ya ke ni?






pelbagai jenis kayu





"nyi Blorong"asal dari sorang perempuan ingin jadi cantik, lalu pergi bertapa dlm gua yg gelap.setelah bertapa sekian lama apabila beliau keluar beliau dapati badannya telah bertukar menjadi ular.saiznya menjangkau 3 lautan,terbahagi kpd kepala,badan dan ekor. kesanya masih boleh di lihat di Jawa Tengah.






buluh bercabang dua











lampu hiasan antik





gerai jualan pameran khazanah & tortura